Insiden LRT : Bantuan RM1K Prasarana satu penghinaan, tidak berperikemanusiaan. – Peguam

KENYATAAN MEDIA
25.5.2021

BANTUAN RM 1000 OLEH PRASARANA UNTUK MANGSA TRAGEDI LRT ADALAH SATU PENGHINAAN DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN

Saya merujuk kepada kenyataan Pengerusi Prasarana, YB Tajuddin yang mengumumkan bantuan khas RM 1000 untuk semua magsa kemalangan LRT, termasuk menampung kos rawatan perubatan dan bantuan sara hidup bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat insiden tersebut.


Di dalam kejadian tersebut, seperti yang boleh dilihat dari gambar-gambar dan video yang tersebar sejak malam semalam serta kenyataan yang dibuat oleh Ketua Police Daerah Dang Wangi, 47 orang daripada kesemua 213 mangsa telah cedera parah. Akibat kemalangan tersebut sudah semestinya barangan peribadi mereka juga mengalami kerosakan seperti computer riba dan sebagainya. Lebih teruk lagi, jika kita lihat semua gambar dan video yang tersebar, kebanyakkan mangsa semestinya mengalami trauma yang serius akibat kejadian tersebut.


Dengan melihat kepada betapa seriusnya keadaan tersebut, saya berpendapat bahawa tawaran RM 1,000.00 yang dibuat oleh YB Tajuddin bagi pihak Prasarana adalah satu penghinaan dan tidak berperikemanusiaan.


Kecederaan yang dialami oleh setiap mangsa pastinya berbeza-beza. Namun apa yang jelas dan nyata, tawaran RM 1000.00 Itu langsung tidak berpatutan. Ini adalah kejadian yang jarang berlaku dan RM 1000.00 tentunya tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kecederaan, kerugian dan trauma yang dialami oleh mangsa.


Berdasarkan kenyataan awal pihak polis, apabila pihak polis memberi kemungkinan bahawa mungkin berlakunya “miscommunication” yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku, kenyataan tersebut mencadangkan bahawa kecuaian adalah di pihak Prasarana. Oleh itu, semestinya mangsa mangsa boleh menuntut kerugian yang jauh lebih tinggi di Mahkamah berbanding jumlah yang ditawarkan oleh Prasarana.


Saya menggesa Pihak Prasarana untuk bertanggungjawab dan pertimbangkan semula jumlah RM 1,000.00 tersebut sebelum mangsa-mangsa kejadian mengheret Prasarana ke muka pengadilan.

Terima kasih

ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI
Peguambela Dan Peguamcara
Tetuan Asheeq Ali & Company

Asheeq Ali, peguam.

ENGLISH TRANSLATION

MEDIA STATEMENT
25.5.2021

RM 1000 ASSISTANCE BY PRASARANA FOR VICTIMS OF THE LRT TRAGEDY IS INHUMANE AND AN INSULT TO THE VICTIMS

I am referring to the statement by the Chairman of Prasarana, YB Tajuddin who announced a special assistance of RM 1000 for all victims of the LRT accident, including covering the cost of medical treatment and financial assistance for those who lost income as a result of the incident.


As a result of the incident, which can be seen from the photos and videos that went viral since last night as well as the statement made by Dang Wangi Police Chief, 47 people were seriously injured out of total 213 injured passengers. As a result of the accident, their personal belongings such as laptops and so on should have also been damaged. More seriously, from the images and videos, it is clear that many of the victims must have suffered serious trauma from the incident.


Looking at how serious the situation is, I am of the opinion that the offer of RM 1,000.00 made by YB Tajuddin on behalf of Prasarana is an insult to the victims and inhumane.
The injuries suffered may be different for each victim, but the offer of RM 1000.00 is certainly unreasonable for any of them. This is an unprecedented incident and RM 1000,00 Is certainly not proportionate to the injuries, damages and trauma suffered by the victims.


Based on the initial statement from the police, the police opined that there may have been “miscommunication” that have caused the accident. That initial statement suggests that Prasarana may have been negligent. With that being the case, the victim can certainly claim higher damages in Court of Law compared to what was offered by Prasarana.


I urge Prasarana to be accountable and seriously reconsider the amount of RM 1,000.00 before the victims drags Prasarana to Court.

Thank you.
ASHEEQ ALI BIN SETHI ALIVI
Advocates & Solicitors
Messrs Asheeq Ali & Company

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.