Lebih 100k tandatangan desak Azmin letak jawatan

Kuala Lumpur, 12 Mei: Petisyen mendesak menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Azmin Ali untuk meletak jawatan mendapat 101,696  tandatangan sejak ia dinaikkan di laman change.org semalam dan semakin meningkat.


Menurut petisyen itu, ia dinaikkan kerana “hanya satu sebab, gagal berfungsi sebgai menteri kanan yang diharapkan”.

Azmin dikritik banyak pihak berikutan dakwaan kegagalan MITI menapis permohonan untuk syarikat beroperasi ketika PKP Penuh berlangsung.

Pada 2 Jun lepas, satu kilang topi keledar di Pulau Pinang dikompaun RM10k dan diarah tutup serta merta berikutan serbuan pihak berkuasa.

Menurut kelulusan beroperasi dari MITI, kilang tersebut “mengisytiharkan menghasilkan PPE antaranya pakaian perubatan, pelitup muka dan sarung tangan getah”.

Walau bagaimanapun, ketika operasi oleh pihak berkuasa dijalankan, kilang tersebut didapati menghasilkan topi keledar.

“Namun, dalam operasi yang dijalankan in, kita mendapati kilang berkenaan menjalankan pembuatan topi keledar yang jelas menunjukkan pelanggaran SOP.Mengikut senarai MITI, pembuatan topi keledar bukan keperluan dan pemiliknya diarahkan menutup operasinya serta-merta selain dikompaun RM10,000,” Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara.


Pada 3 Jun pula, satu kilang perabot di Balakong diberi amaran tegas dan diarah tutup oleh menteri dalam negeri, Dato Seri Hamzah Zainuddin apabila mendapati kilang itu mendaftar kepada MITI sebagai kilang membuat peralatan penjagaan diri dan keperluan rumah .


“Memang benar mereka tidak mengikut SOP apabila kebenaran yang mereka pinta itu daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah merupakan sesuatu yang ada kekhilafan.
“Dia tulis dia dari kilang pembuatan tapi mereka sebenarnya merupakan pembuat perabot, dan di bawah itu ditulis subsektor, seolah-olah dia buat produk harian, keperluan penting… (namun) yang saya lihat ini tidak betul.
“Saya bagi amaran akhir, kalau esok masih lagi bekerja, kita akan ambil tindakan yang tegas,” – Datuk Seri Hamzah Zainudin .

Sementara itu, semalam satu kilang elektronik terbesar di Melaka diarah tutup selama seminggu selepas 299 pekerja termasuk beberapa ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19.

Pada minggu lepas, Azmin menentang tindakan PKP penuh yang menurutnya akan menyebabkan 2.8 juta rakyat hilang pekerjaan.

“Mungkin ramai yang terlepas pandang, jika 𝘵𝘰𝘵𝘢𝘭 𝘭𝘰𝘤𝘬𝘥𝘰𝘸𝘯 seperti PKP 1.0 dilaksanakan semula, seramai 𝟮.𝟴 𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 khususnya yang terdiri daripada golongan bekerja sendiri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro dan juga peniaga-peniaga kecil akan hilang pekerjaan.” – Azmin Ali

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.