“MB jenguk sahaja kerana minat, bukan beli” – Set Pol MB Kedah

Setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi mengakui menteri besar kedah, Muhammad Sanusi Md Nor singgah di luar kedai pameran kereta Ford di Juru semalam, tetapi bukan untuk membeli kereta sebaliknya untuk menjenguk sahaja kerana minatnya terhadap model kereta Ford tersebut.

Tambahnya, MB Kedah singgah di lokasi tersebut untuk membeli makanan sebelum masuk ke lebuhraya berikutan RnR ditutup.

“Kebetulan kedai tembat beli makanan di Juru tu dekat dengan show room kereta Ford. Show room tu tutup. Ada seorang jurujual duk susun kereta Ford Ranger di luar show room. MB pi jengok kereta tu. Bukan pi nak beli. Saja nak pi tengok. Minat. Kalau pi hendap-hendap satgi orang tengok pelik pulak. “

Menafikan MB ada melakukan pandu uji, beliau turut berkata selepas selesai membeli makanan, MB terus menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur.

Mengenai kereta Vellfire yang dilihat dinaiki MB dalam status tular tersebut, beliau mengesahkan kereta itu adalah milik SADA.

“MB adalah pengerusi SADA. Tiada masalah untuk guna kereta itu bagi tujuan rasmi. Tulisan perkataan ‘Menteri Besar Kedah’ pada kereta tu untuk memudahkan pengecaman pihak polis ketika melalui SJR.”

Terdahulu, seorang pengguna facebook bernama Nini Siron mendakwa MB Kedah melanggar SOP PKP kerana melakukan pandu uji kereta yang dilarang mengikut SOP terkini dari MKN ketika PKP Penuh.

Hantaran tersebut tidak dapat diakses pagi ini.

Pihak pro kepada MB Kedah mendakwa Nini Siron telah memadam hantaran tersebut “kerana takut akibat kantoi fitnah MB Kedah”.

Walaubagaimanapun, pada satu hantaran tangkap layar yang didakwa dari Nini Siron, beliau dikatakan mengaturkan hantaran tersebut kepada rakan sahaja, dan bukan dipadamkan.

“Saya takut? bukan.. saya hide posting tadi untuk public kepada friend fb masih boleh nampak sebab saya anggap ia personal dan percaya kawan-kawan dalam fb. “

Tambah tangkap layar itu lagi, beliau sekali lagi menegaskan bahawa beliau bercakap benar dan bukan fitnah kerana melihat dengan mata kepala saya.

“CCTV di keliling Autocity. Mustahil saya nak reka cerita. Silalah rujuk baru cakap. Lagipun saya bukan ada kepentingan politik, semua atas dasar peribadi, kita sama-sama kan dalam usaha bendung covid-19, tu sahaja”

Kami sudah menghubungi Nini Siron bagi mendapatkan pengesahan beliau dan masih menunggu jawapan.

Sementara itu, pihak Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan dilakukan menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Polis akan memanggil semua yang terlibat termasuk menteri besar,” katanya – Buletin TTKM-


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.