Istana umum Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja 16 jun

Istana Negara, 9 Jun: Sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu akan diadakan pada hari Rabu, 16 Jun ini di Istana Negara atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahamd Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Tambah kenyataan itu. perbincangan khas ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksaannya semasa tempoh darurat”

Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri PAduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

Perbincangan pertama kali diadakan pada oktober tahun lepas bagi membincangkan cadangan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, antaranya termasuk pengisytiharan darurat.

Terdahulu, Agong menerima mengadap beberapa pemimpin parti politik antaranya Tan Sri Muhyiddin Yasin ( Bersatu), Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Muhammad Sabu (Amanah). Dijangka tiga lagi pemimpin parti politik akan diterima mengadap esok dan seorang lagi pada Jumaat.

Ditemui wartawan, ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal perubahan kerajaan tidak dibincangkan sewaktu sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaliknya Presiden PKR itu berkata beliau hanya mengutarakan pandangannya berkenaan kesan COVID-19, kewajaran Parlimen untuk kembali bersidang dan Proklamasi Darurat yang tidak perlu diteruskan.

Katanya, Al-Sultan Abdullah juga berlapang dada mendengar semua pandangan dan beliau turut menyediakan laporan dan kertas kajian kepada baginda untuk pertimbangan.

“Itu soal (perubahan kerajaan) yang tidak berbangkit sekarang” – Dato Seri Anwar Ibrahim

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: