“Peranan & tugas Agong”: Laman FB PAS Pusat padam hantaran setelah diserang netizen

Laman facebook PArti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat memadam hantaran yang memuatkan poster peranan dan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong awal pagi tadi.

Pada poster tersebut, 5 perkara dalam perlembagaan dipetik berhubung kuasa eksekutif persekutuan dalam siri no 2 iaitu :

Tangkap layar hantran laman FB PAS Pusat.

Rata-rata netizen di bahagian komen tidak bersetuju dengan masa poster itu dinaikkan kerana ia dilihat tidak sesuai dengan keadaan semasa dan “seolah-olah ingin mengajar pihak istana”.

Buletin TTKM mendapati hantaran tersebut dipadam sekitar jam 1 pagi di mana ketika itu komen mencecah ribuan.

Pada rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa sidang parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, perkara itu membolehkan ordinan-ordinan darurat dan pelan pemulihan negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli dewan rakyat.

‘Tuanku berpandangan secepat mungkin, tak sebut bulan berapa’ – Takiyuddin

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata Tuanku hanya berpandangan supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin

Takiyuddin berpandangan, kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober, juga bertepatan dengan saranan ‘secepat mungkin’ yang dizahirkan Al-Sultan Abdullah.

“Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’.

“Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin.

“Perdana Menteri kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun. Selepas ini Julai, Ogos, September…sudah hampir. Pasti persidangan akan diadakan,” 

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.