“Tingkatkan penerangan di medsos untuk menang PRU”-Ketua Penerangan PAS Pusat

Kangar, 21 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata media sosial atau medsos kini menjadi medium penting dalam menentukan kemenangan pilihan raya akan datang.

Oleh itu, beliau menggesa supaya ahli dan penggerak PAS memaksimumkan medium tersebut untuk meningkatkan penerangan sehingga ke semua peringkat masyarakat.

“Menurut kajian, penggunaan media baharu mencapai tahap 70 peratus berbanding media konvensional sebanyak 30 peratus,” katanya.

Katanya lagi, Malaysia menduduki tangga ke lima di dunia dan tangga pertama di Asia terhadap penguasaan medsos ini.

Tambahan pula, menurutnya lagi berkempen menggunakan aplikasi dalam talian adalah mudah kerana semuanya hanya di hujung jari sahaja malah penguasaan media sosial di era politik moden kini amat diperlukan.

“Pengguna laman muka buku atau Facebook sahaja di Malaysia ini telah mencapai 20 juta pengguna,”

Beliau berkata demikian di  Konvensyen Lajnah Penerangan dan Media Baharu 2021 yang diadakan secara atas talian semalam, seperti dipetik portal Harakahdaily.

Konvensyen itu dihadiri oleh pimpinan PAS dan 1051 penggerak Lajnah Penerangan di setiap negeri dan kawasan menerusi aplikasi webinar Zoom.

Perasmian penutup konvensyen disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan turut dihadiri Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad.

Serangan “Koyak!Koyak!”

Pengguna media sosial pro PAS atau lebih dikenali sebagai ‘walaun siber” dilihat aktif di media sosial, terutama di bahagian komen sebarang hantaran yang mengkritik pemimpin mereka dengan memberikan komen “koyak!koyak!” berulang-ulang kali.

– Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: