Agong zahirkan kali kedua: Adakan sidang parlimen secepat mungkin

Istana negara 29 jun : Yang di-Pertuan Agong hari ini memberitahu speaker dewan rakyat dan dewan negara supaya diadakan sidang “secepat mungkin”.

Ini merupakan kali kedua baginda menzahirkan hal yang sama.

Baginda berkata demikian setelah menemui speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun, timbalan speaker Azalina Said Othman dan Mohd Rashid Hasnon. Manakala pengerusi Dewan Negara, Rais Yatim dan timbalannya Mohamad Ali Mohamad turut dipanggil mengadap hari ini di Istana Negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin selaku Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahwa semua Jawatankausa-jawatankuasa Pilihan Parlimen ke-14 hendaklah meneruskan sesi-sesi mesyuaratnya untuk pelaksaaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara”

Tambah kenyataan itu lagi, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak parlimen untuk mengadakan Parlimen secepat mungkin.

“Perlu diperjelaskan juga di sini bahawa pandangan dan seruan-seruan yang dinyatakan ini merupakan pendirian Seri Paduka Baginda dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang bertindak sebgai Raja Berlembagaan berdasarkan prinsip keluhuran Perlembagaan PErsekutuan dan kedaulatan undang-undangnya”

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan berkata Parlimen akan bersidang semula tidak lama lagi tetapi tambahnya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menitahkan bilakah tarikh yang tepat untuk Dewan Rakyat bersidang.

“Agong pun tidak menitahkan bulan berapa, tetapi secepat mungkin.

“PM kita katapun bulan 9 atau 10, sekarang kita dah hampir penghujung bulan 6, bulan 7,8,9 pasti akan diadakan tu,” – Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian dalam satu program Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial minggu lepas.

Pelbagai pihak mengkiritik tindakan kerajaan melengah-lengahkan pembukaan parlimen dan mendakwa kerajaan tidak mahu melakukannya kerana tidak yakin dengan majoriti yang dimiliki ketika ini. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.