“Biasalah, dalam Umno ada Papagomo, dalam DAP, Ronnie Liu” – Marina Ibrahim

Kulai 7 Julai : Setiausaha publisiti Wanita DAP Johor, Marina Ibrahim berkata “bab Ronnie Liu” adalah perkara biasa dalam DAP.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan itu semalam yang mempersoalkan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pekebun durian haram di raub. Tindakan Ronnie Liu itu yang dirakamkan dan tular di media sosial didakwa sebagai biadap dan mengundang kritikan pelbagai pihak.

Ronnie Liu mengajukan telunjuknya pada wajah seorang pegawai polis.

“Bab Ronnie Liu tu biasalah. Alangkah dalam adik beradik pun ada yang ke kanan tetapi seorang ke kiri”

Beliau menyamakan Ronnie Liu dengan ahli majlis tertinggi UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

“Kalau umno ada Papagomo, dalam DAP kita ada Ronnie Liu. Bukan semua setuju dengan dia”.

Beliau turut menyifatkan tindakan Ronnie Liu semalam sebagai biadap yang menyebabkan orang lain mendapat tempias.

Marina berkata demikian pada satu hantaran di akaun Facebooknya.

Sementara itu, Polis mengesahkan dua kertas siasatan dibuka terhadap Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Yusri Othman berkata Liu dipercayai melakukan perbuatan itu di pekarangan Mahkamah Raub hari ini semasa prosiding reman terhadap 18 pekebun durian Musang King yang didakwa menceroboh kawasan hutan simpan berlangsung.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 jika beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa merentas negeri ke Raub .

“Walaupun beliau boleh merentas negeri sebagai ahli politik namun ia bergantung kepada SOP Majlis Keselamatan Negara,” katanya semasa dihubungi Astro Awani.

Pada satu video yang tular semalam, kenderaan Vellfire yang membawa Ronnie Liu dihalang dari melepasi pagar oleh pihak polis untuk mendapatkan pengesahan dokumen rentas negeri oleh pemimpin DAP tersebut yang menetap di Selangor.

Walau bagaimanapun, pemimpin DAP itu didapati gagal menunjukkan sebarang dokumen pengesahan perjalanan seperti mana yang ditetapkan SOP Covid-19.


Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah beberapa lagi ahli politik DAP antaranya Ahli Parlimen Raub Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ahli Parlimen Bentong Wong Tack, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut Lee Chin Chen dan ADUN Tras Chow Yu Hui.


Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun berusia lingkungan 17 hingga 60 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan Jabatan Perhutanan Pahang berhubung dakwaan meneroka Hutan Simpan Kekal Batu Talam untuk menanam Musang King. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.