PM lantik Ismail Sabri sebagai TPM, Hishamuddin menteri kanan.

Di saat khabar angin bertiup kencang bahawa ahli parlimen UMNO akan menarik sokongan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan perlantikan Ismail Sabri sebagai timbalan Perdana Menteri, jawatan yang dibiarkan kosong sejak kerajaan PN dibentuk.

Manakala Hishamuddin pula dilantik menggantikan portfolio menteri kanan, kluster Keselamatan yang sebelum ini disandang Ismail Sabri.

Perkara ini dimaklumkan melalui satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri yang dinaikkan di laman facebook Muhyiddin Yassin.

Pada Perhimpunan Agong UMNO lepas, usul untuk UMNO menarik diri dari Perikatan Nasional pada PRU-15 akan datang telah diluluskan.

Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini mempunyai majoriti yang sangat nipis di mana penarikan beberapa Ahli parlimen UMNO akan menyebabkan majoritinya di parlimen hilang. – Buletin TTKM –

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: