‘Lupa ke innocent until proven guilty?Siape yang ada kabel emas sebenarnya?’ – Peguam pengasas Rumah Bonda

Kuala Lumpur, 16 Julai : Peguam pengasas Rumah Bonda, Aminahtul Mardiah Md Nor mempersoalkan beberapa pihak dan peguam yang menurutnya ” bercakap tanpa fikir, tanpa bukti dan memberi tohmahan sana-sini”

” Tohmah orang sana sini konon berjuang untuk keadilan sampai lupa aniaya orang itu satu dosa. Yang peguam pun bukan main komen up status. Lupa ke innocent until proven guilty? Memalukan.Yang paling sedih langgar Akta Kanak-Kanak tanpa sedar.”

Aminahtul Mardiah Md Nor

Siapa yang ada kabel emas?

Beliau turut mempersoalkan siapa sebenarnya yang mempunyai kabel emas dalam isu terbabit.

“Yang public konon fight for justice pastu kata orang tu ada kabel bagai mana korang dapat info apa nak jadi next? Sape yang ade kabel emas sebanarnya? Kenapa inside info kau boleh tau?”

Aminahtul Mardiah Md Nor

Beliau berkata demikian dalam satu status di facebooknya semalam.

Menurut akta kanak-kanak, seksyen 15(1), tidak boleh didedahkan nama, gambar mana-mana kanak-kanak yang terlibat.

Pada perkembangan yang sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Dato Siti Zailah berkata bahawa tidak akan ada pihak yang akan terlepas dalam kes ini walau apa juga ‘kabel’ yang akan digunakan.

Beliau berkata demikian sebagai memetik ACP Puan Siti Kamsiah, D11 PDRM yang menguruskan kes ini secara langsung.

Pada 7 Julai lepas, peguam pengasas Rumah Bonda terbabit, Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners dalam satu kenyataan, berkata pihak rumah bonda menafikan sekeras-kerasnya tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap pengasas rumah bonda khususnya berkaitan dengan penderaan yang dilakukan ke atas adik Bella yang sedang tular di media sosial.

“Perkara ini adalah masih dalam proses siasatan polis dan pihak Rumah Bonda melalui pengasasnya telahpun bekerjasama dengan pihak polis semenjak hari pertama laporan polis dibuat ke atas beliau.”

– Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners

Dua laporan polis dan surat tuntuan

Dalam kenyataan itu juga, dinyatakan pihak Rumah Bonda telah membuat “dua laporan polis ke atas dua individu yang menyebarkan fitnah ke atas mereka serta mengeluarkan surat tuntutan kepada dua individu tersebut yang memulakan fitnah dan tohmahan yang kini menjejaskan nama baik Rumah Bonda”.

“Perbuatan dua individu itu juga telah menyebabkan ketakutan dan tekanan kepada penghuni rumah Bonda serta anak-anak jagaan sah pengasas Rumah Bonda”

Chambers of Aminahtul Mardiah, Razif Abd Aziz & Partners

Sementara itu, Mona Din, salah seorang individu yang menularkan isu terbabit di facebook mengesahkan menerima LOD tersebut.

“Pada 7 Julai 2021, saya terima LOD / Surat Tuntutan dari pihak Rumah Bonda mengugut nak buat saman fitnah dan minta saya buat permohonan maaf dalam masa tiga (3) hari dan menarik balik kenyataan yang saya telah viralkan.

Mona Din

Pada 12 Julai lepas, Rumah kebajikan yang dikaitkan dengan kes penderaan anak istimewa kelainan upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella iaitu Rumah Bonda disita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lapor Kosmo!

Pengarahnya, Che Samsuzuki Che Noh berkata, tindakan sita tersebut diambil setelah pihaknya mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

“Kita telah ambil langkah proaktif yang mana kita mendapati Rumah Bonda ini telah melakukan pelanggaran syarat dalam menentukan premis pengoperasian sebagai sebuah pusat jagaan.

“Tindakan sita ini kekal sehinggalah adanya perintah mahkamah untuk membukanya semula,”

Che Samsuzuki Che Noh

Mengulas lanjut, Che Samsuzuki berkata, sekiranya Rumah Bonda mahu meneruskan operasi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada bomba, Kementerian Kesihatan serta pihak berkuasa tempatan sebelum permohonan untuk beroperasi dibuat dengan JKM.

Bagaimanapun, penasihat Rumah Bonda, Syed Azmi pada 8 Julai melalui satu video secara langsung di facebooknya, berkata kelulusan daripada Bomba baru diperoleh pada tahun ini.

“Kita dah mohon lesen ni dah lama. Tapi ada banyak, bukan satu orang je bagi lesen. Yang tahun ini paling latest, kita baru dapat kelulusan daripada bomba. Jadi kena buat renovation dan sebagainya baru kita dapat lesen, jadi itu memang dalam proses”

Syed Azmi, penasihat Rumah Bonda

Sejak sebulan lepas, netizen mendesak supaya pihak yang bertanggung jawab melakukan pada kanak-kanak OKU terbabit supaya direman dan didakwa di mahkamah.

Berikutan itu, kempen menggunakan tanda pagar #JusticeForBella menjadi sohor kini di twitter, facebook dan IG. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.