Kuala Lumpur, 16 Julai: Satu kenyataan media dikeluarkan oleh Peguambela & Peguamcara Bagi pihak pengasas Rumah Bonda, Chambers of Aminahtul Mardiah untuk memberikan fakta dan penjelasan bagi pihak tersebut yang telah mendiamkan diri selama isu Bella, anak jagaan beliau tular di media sosial.
Menurut kenyataan tersebut, tindakan berdiam diri yang diambil oleh beliau dibuat atas nasihat dan arahan dari peguam-peguam yang mewakili beliau dan juga Rumah Bonda.
Tambah kenyataan itu, perkara tersebut bertujuan untuk menghormati proses siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa lain dan beliau amat yakin dan percaya kepada integriti dan kesungguhan pihak PDRM dalam menjalankan siasatan yang adil dan telus.
Pendirian beliau masih kekal bahawa tiada sebarang penderaan berlaku dan memandangkan isu ini masih dalam siasatan PDRM dan pertimbangan pihak pendakwaan, beliau akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa atas segala urusan yang berkaitan.
Kenyataan tersebut menjawab 7 isu yang ketika ini tular di media sosial iaitu :
- Berhubung penderaan ke atas Bella,
2) Isu kematian arwah adik Muhammad Adam,
3) isu status pendaftaran Rumah Bonda,
4) isu penjualan dan pengangkatan bayi,
5) status hak penjagaan kanak-kanak
6) isu pendedahan tangkap layar.
7) isu tohmahan ke atas Syed Azmi, penasihat rumah bonda.
Berikut merupakan kenyataan penuh:
-Buletin TTKM-