MB Kedah dikompaun langgar SOP : “Bila nak mohon maaf?” -Nini Siron

Wanita yang menularkan gambar dan video dakwaan MB Kedah melanggar SOP Covid-19 apabila memandu uji Ford Raptor di Juru bulan lepas bertanyakan adakah mereka yang bertanggung jawab memfitnah beliau dalam isu tersebut akan memohon maaf.

Nini Siron, 36 turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa “undang-undang adalah harapan kami”

Sampil memanjatkan kesyukuran kerana isu tersebut selesai setelah 40 hari, Nini Siron berkata beliau hanya melakukan apa yang dirasakan perlu sebagai rakyat biasa apabila menularkan isu tersebut.

Walau bagaimanapun, tanpa memetik nama, Nini Siron mempersoalkan beberapa pihak dan “orang besar” yang lantang menyindir, memf1tnah, menga1bkan serta memaki-hamun beliau dan suami sebelum ini, untuk memohon maaf kepada beliau.

Banyak pihak telah menuduh saya membuat f1tnah. Mereka melabel saya sebagai RBA, menggelar saya sebagai anj1ng parti politik tertentu, mencela dengan kata-kata luc4h dan jij1k, menga1bkan saya, memak1 h4mun suami serta adik kakak saya. Sebagai orang besar, mereka lantang menyindir saya. Saya diserang secara peribadi juga. Hebat! Tidakkah mereka rasa berdosa atau adakah mereka terkecuali daripada dosa? Adakah mereka yang bertanggungjawab akan memohon maaf kepada saya? Anda tahu anda siapa.

-Nini Siron

Selain Menteri Besar Kedah sendiri yang menyindir Nini Siron dalam satu sidang akhbar pada bulan lepas, Buletin TTKM mendapati perkara yang sama turut dilakukan oleh Setiausaha Politik MB Kedah.

Hantaran beliau mengenai isu terbabit tidak dibuka kepada public untuk memberikan komen pada mulanya, tetapi kini sudah dipadamkan.

Pada perkembangan yang sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan mengesahkan kompaun dikeluarkan terhadap pemimpin PAS itu.

“Kami telah memberi kompaun kepadanya (Sanusi) seperti diarahkan pejabat pendakwa.

“Dalam kes melibatkan VIP sebelum ini seperti Neelofa dan Siti Nurhaliza, kami juga berbuat perkara sama, dan terpulang kepada mereka jika mahu membawa ke mahkamah,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Pada 5 Jun, seorang wanita berkongsi di Facebook, yang dia melihat Sanusi dan dua pegawainya memandu uji sebuah pikap bernilai RM211,000 di Juru Auto City.

Sanusi bagaimanapun menafikan memandu uji kenderaan itu, sebaliknya berkata hanya duduk di sebelah jurujual yang memandu.

Dalam satu sidang media, Sanusi memberi perumpamaan tindakan beliau itu adalah seperti melihat pokok bunga di luar kedai Bunga yang ditutup.

“Saya menikmati keindahan Bunga itu, kuning merah biru jingga, saya cium wangi tak wangi. Itu dipanggil ‘test drive’ Bunga. Menikmati Bunga begitulah… Adakah saya salah sedangkan kedai Bunga tidak buka? Adakah itu langgar SOP? Adakah saya akan diambil video dan disebar MB Kedah langgar SOP”

Sanusi, MB Kedah.

Nini Siron, 36, mengambil gambar dan video tersebut di Juru Auto City sebelum memuatnaiknya di akaun Facebooknya. – Buletin TTKM.

Author: Buletin TTKM

1 thought on “MB Kedah dikompaun langgar SOP : “Bila nak mohon maaf?” -Nini Siron

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.