“Slot vaksin saya diambil orang”-Lelaki buat laporan polis.

Putrajaya, 20 Julai: Seorang lelaki terkejut apabila mengetahui slot untuk temujanji vaksin beliau telah digantikan dengan orang lain.

Beliau yang enggan namanya didedahkan memberitahu perkara tersebut kepada Buletin TTKM.

Pada 3 Jun 2021, beliau telah diberikan tarikh untuk vaksinasi di Pusat Vaksinasi Dewan Seroja Putrajaya dimana beliau telah menghadirkan diri.

Setelah beberapa jam beratur, pegawai kesihatan di pusat tersebut memberitahunya bahawa beliau tidak sesuai menerima vaksin di Pusat Vaksinasi tersebut diatas alasan saya penghidap “Severe OSA” dan vaksinasi memerlukan pemantauan.

Setelah itu, beliau diberi surat arahan untuk ke Hospital Putrajaya untuk diberi vaksinasi dengan pemantauan.

Berulang kali telefon Hospital dalam sebulan tetapi gagal.

“Setelah mendaftar pada 8/6/2021 di Hospital Putrajaya, saya diberitahu saya akan diberi temujanji seterusnya pada masa terdekat. Setelah itu, berulang-ulang kali saya menghubungi pihak Hospital Putrajaya selama sebulan untuk menyemak status terbabit, tetapi gagal.”

Atas sebab itu, beliau hadir sendiri ke Hospital Putrajaya pada 16 Julai 2021 untuk kepastian.

Tarikh vaksinasi terlepas, diganti dengan orang lain.

Beliau kemudian terkejut kerana diberitahu oleh pihak pengurusan vaksinasinya telah pun terlepas slot vaksinasi pada 17 Jun 2021 dan slot beliau telah pun diberikan kepada pihak lain.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan vaksinasi mendakwa mereka telah pun menghubunginya untuk temujanji dan tiada respon dari pihaknya.

“Saya sudah memeriksa semua sejarah log panggilan, sms mahupun whatsapp. Saya mengesahkan tidak menerima sebarang mesej melalui Whatsapp, SMS, mahupun panggilan telefon dari mereka.”

Tidak puas hati, lelaki tersebut kemudian membuat laporan polis di balai polis Presint 11, Putrajaya pada 16 Julai 2021.

“Selang beberapa jam selepas membuat laporan polis, saya kemudian dipanggil memberikan keterangan di bilik siasatan jenayah”

Pada keesokannya, beliau bersyukur kerana akhirnya diberi tarikh baru untuk vaksinasi iaitu pada 19 Julai 2021.

Bercakap kepada Buletin TTKM, lelaki tersebut berharap perkara sedemikian tidak berlaku kepada orang lain.

“Bayangkan sekiranya orang kampung, orang tua, atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan mengalami perkara seperti saya. Bagaimana mereka mahu kedepan untuk mengutarakan masalah yang mereka hadapi? “

Tambahnya lagi, beliau berharap supaya pihak berkewajipan mengambil maklum dan mengambil tindakan penambahbaikan atas insiden tersebut.

Pada 10 Julai lepas, sebuah portal mendedahkan dakwaan terdapat beberapa individu bertugas kononnya sebagai ‘ejen vaksin’, melakukan aktiviti haram dengan mengeksploitasi kitaran lelubang (loopholes) dalam sistem MyVAS.

Laporan tersebut turut memetik seorang doktor yang tidak dinamakan, yang mendakwa pegawai di pusat vaksinasi diberi akses kepada sistem MyVAS dan dibenarkan untuk membuat temujanji baru pada senarai menunggu.

Dakwanya, mereka yang berada dalam senarai menunggu akan dihubungi untuk mendapatkan suntikan sekiranya individu yang sepatutnya hadir untuk temujanji tersebut gagal menghadirinya. Slot di dalam senarai menunggu ini didakwa dijual oleh pihak tertentu.

Kelmarin, Khairy Jamaluddin, menteri yang ditugaskan untuk program imunisasi kebangsaan berkata, loopholes tersebut telah dikenalpasti terdapat pada menu ‘Add Vaccinee” dalam sistem MyVAS. Menu ini berfungsi untuk mengatur temunjanji bagi penerima vaksin melalui bahagian terbelakang (backend) aplikasi MySejahtera.

“Kita akan memperkenalkan system pengesahan 2-faktor (two-factor authentication system) untuk mereka yang mahu memasukkan secara manual penerima vaksin. Akan ada waktu dan pengenalan diri sesiapa sahaja yang menambahkan nama tersebut. Sekiranya terdapat insiden sindiket atau kartel di PPV, kita akan dapat mengenal pasti mereka dengan segera” – Khairy Jamaluddin.

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini di seluruh negara ialah 14.7 juta.

Ia membabitkan 4.67 juta atau 14.3 peratus populasi sudah lengkap suntikan dua dos vaksin.

– Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.