Rumah Bonda: Syed Azmi adalah Timbalan Pengerusi, bukan Penasihat – Scrut

Kuala Lumpur, 24 Julai: Laman facebook Scrut mendakwa Syed Azmi menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi dan bukannya Penasihat dalam Rumah Bonda.

Dakwaan tersebut dibuat laman itu dengan menyertakan informasi apa yang didakwanya adalah dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk lantikan tahun 2019.

Telahan kami benar! Syed Azmi ialah pengasas dan juga timbalan pengerusi Rumah Bonda! Dapatan kami dari ROS telah menunjukkan Syed Azmi ialah timbalan pengerusi dalam NGO tersebut.

Scrut
Ehsan laman FB Scrut.

Scrut turut mempersoalkan mengapakah Syed Azmi seringkali mengaku dirinya sebagai penasihat pusat jagaan tersebut.

Jadi kenapa dia asyik mengaku dia penasihat sahaja? Nampak macam dia tak nak ambil bertanggungjawab. Lihat sahaja kenyataan dia ketika cuba menepis isu pender@an Bella. Dia berdusta kononnya tidak kenal Bella. Bella tidak tinggal di Rumah Bonda.

Scrut

Scrut turut mendakwa kenyataan Syed Azmi itu adalah bertentangan dengan saksi bekas penghuni Rumah Bonda yang membuat laporan polis mengesahkan Bella tinggal di Rumah Bonda dan pernah melihat Bella dider@ di pusat jagaan tersebut.

Tidak cukup dengan persaksian bekas penghuni. Seorang sukarelawan juga telah telah menunjukkan dan menceritakan yang dia melihat Bella ketika berjumpa Syed Azmi di Rumah Bonda. Dibuktikan dengan gambar Bella sedang makan di dapur Rumah Bonda!

Scrut

Lantaran itu, Scrut mendesak supaya pihak kerajaan turut memecat Syed Azmi yang juga merupakan penasihat mahkamah dan trustee Yayasan Kebajikan Negara, atas kecurangan amanah sebagai timbalan pengerusi Rumah Bonda.

Adakah pihak kementerian buta? Layakkah seorang itu menasihati mahkamah sedangkan penghuni di rumah perlindungan milik NGOnya dituduh mender@ kanak-kanak dan penghuni?Kami menyeru pihak kerajaan untuk memecat segala jawatan Syed Azmi dalam segala agensi kerajaan kerana Syed Azmi telah curang terhadap amanah yang dia pikul sebagai timbalan pengerusi pertubuhan kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur”

Scrut

Dakwaan tersebut dibuat oleh Scrut di laman facebooknya malam tadi :

Buletin TTKM sudah menghubungi Syed Azmi dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rina Harun untuk maklum balas.

Pada 8 Julai, Syed Azmi mengeluarkan kenyataan media bertajuk ” Penjelasan bahawa rumah Bonda Tidak Terlibat dalam kes pender@an Adik Bella”.

Dalam kenyataan tersebut, beliau memetik dirinya sebagai menjawat jawatan Penasihat Rumah Bonda.

Ketika lawatan-lawatan saya ke Rumah Bonda untuk berjumpa penghuninya sejak tahun lalu, seingat saya, saya tidak pernah berjumpa adik Bella. Sehubungan itu, saya berharap netizen dan juga pihak media, dalam laporan atau komen mereka, tidak mengaitkan Rumah Bonda sebagai institusi yang terlibat dalam kes ini.

Syed Azmi

Pada perkembangan yang sama, seorang aktivis #JusticeForBella, Aliff Ahmad yang juga merupakan pengasas bersama Scrut, mendakwa laporan polis dibuat terhadapnya oleh peguam suspek dan dirinya dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu malam semalam.

“Hari ini aku dipanggil oleh pihak polis memberi keterangan kerana aku melawan bagi pihak Bella. Pihak di sana cuba menutup suara aku melalui laporan polis ini. Laporan yang dibuat memang bukan-bukan dan tak masuk akal. Laporan itu dibuat oleh peguam suspek terhadap aku. Aku tak faham kenapa dia nak emosi dan personal dengan aku. Walhal aku memuji dia sebagai peguam yang baik.”

Aliff Ahmad

Untuk rekod, Adik Bella kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala Rumah Bonda telah disita pada 12 Julai lalu setelah JKM mendapat Rumah Bonda tidak berdaftar dengan JKM.

Pengasas Rumah Bonda dalam satu kenyataan melalui peguamnya, Aminatul, berkata “Pendirian beliau masih kekal bahawa tiada sebarang penderaan berlaku” – Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.