KPM dalam fasa akhir teliti dasar pertukaran guru- Menteri

Kuala Lumpur, 25 Julai : Menteri pendidikan, Dr Radzi Jidin mengesahkan dasar pertukaran guru kini berada dalam fasa akhir penelitian Kementerian.

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya semalam.

“Saya membaca komen & pandangan berkaitan dengan permohonan pertukaran guru. Seperti yang kita tahu, perkara ini telah berlarutan bertahun lamanya. Untuk makluman, dasar pertukaran guru kini berada dalam fasa akhir penelitian Kementerian. InsyaAllah.”

Tambahnya lagi, dalam menimbang permohonan pertukaran guru, apa yang penting adalah pihak kementerian perlu memastikan pembelajaran murid tidak terjejas.

Ini bermaksud, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran di negeri dan di tempat yang dimohon merupakan pertimbangan utama. Hari ini, kita telah meneliti dokumen berkaitan hal pertukaran guru ini. KPM akan terus ikhtiarkan yang terbaik demi masa depan pendidikan anak-anak generasi hadapan. Kami akan sentiasa junjung amanah yg diberikan dengan sehabis baik.

Dr Radzi Jidin
FB Dr Radzi jidin

Sementara itu, ciapan tersebut rata-ratanya mendapat sambutan baik warga net yang mahukan perkara tersebut diselesaikan kerana isu ini sudah terlalu lama diperdebatkan.

Alhamdulillah YB.. isu ni da lama.. da bape kali tukar menteri pun masih sama.. harap YB dapat selesaikan isu ini secepat mungkin.. tahniah YB.

Zamir Idris

Jgn lama sgt teliti benda ni yb. Kesian kt cikgu2 yg dh lama minta pindah tp takda jwpn. Settel cepat semua akan sokong benda baik ni.

Fizilii

Ini saya setuju. Saya juga mohon guru anak asal pantai timur yang dekat selangor KL ni yang buat permohonan untuk balik megnajar di negeri masing-masing elok disegerakan bagi mengelakkan kebanjiran dan kesesakan jalan lagi-lagi hari perayaan.

Megat

Hantaran yang sama di laman facebook menteri tersebut mendapat 11k tanda suka dan 1.2k perkongsian.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version