Video luc@h mirip pendakwah, polis akan keluar kenyataan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti dakwaan kononnya berlaku penularan video luc@h yang membabitkan gangguan seksu@l melibatkan individu mirip pendakwah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi Malaysai Gazette berkata, satu kenyataan bakal menyusul dalam masa terdekat daripada PDRM namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sejak beberapa hari ini, media sosial hangat membincangkan tentang dakwaan mengenai video berkenaan.

Tinjauan Buletin TTKM di Twitter mendapati beberapa pihak mendakwa melihat video mirip pendakwah tersebut melakukan satu tindakan yang dikatakan gangguan seksu@l.

Sementara itu, beberapa influencers turut menaikkan status menggalakkan mangsa-mangsa lain untuk kedepan dan membuat aduan sambil memberikan nombor telefon untuk dihubungi.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang penafian dan dakwaan secara lebih jelas dibuat oleh mana-mana pihak. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.