Agong zahir amat dukacita: Pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan baginda

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yaang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh Darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan baginda.

“Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak

Baginda turut menegaskan kenyataan YB Datuk Seri Takiyuddin di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli-ahli Dewan Rakyat kerana pada 24 Julai satu pertemuan secara maya telah dilakukan antara baginda, Takiyuddin dan Idris Harun di mana baginda telah bersetuju bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenankan dan dipersetujui terdahulu dengan Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan YB Tan Sri Idrus Bin Harun, Peguam Negara semasa majlis mengadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan telah tidak dilaksanakan”

Baginda turut menegaskan bahawa permohonan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai 2021 yang telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen yang kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun NEgara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda sedia maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang yang terkandung dalam PErkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

” Namun, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Baginda, selaku Ketua Utama Negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya merek ayng melaksanakan fungsi dan kuasa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong”

Kenyataan tersebut dikeluarkan tengah hari tadi melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara di laman facebook Istana Negara. Setakat ini hantaran tersebut mendapat 10k perkongsian

Sementara itu, parlimen yang sedang bersidang, ditangguhkan selama 15 minit untuk timbalan speaker membuat perbincangan dalaman setelah hal tersebut dibangkitkan oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membacakan kenyataan Istana.

Anwar turut mendesak supaya perdana menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

“Kenyataan ini jelas menunjukkan kabinet yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melanggar semangat perlembagaan, menghina institusi raja berperlembagaaan khususnya YDP Agong , termasuk menteri di JPM , telah mengelirukan dewan, tidak bercakap benar dan mengelirukan rakyat malaysia. Kita tak ada pilihan, selain menuntut perdana menteri meletakkan jawatan” -Anwar Ibrahim.

Pada perkembangan yang sama, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman facebooknya membuat hantaran mengenai prinsip rukun negara.

“Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan” – Najib Razak.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: