Muhyiddin perlu undur secara terhormat, ambil tanggungjawab – Najib

Transkrip penuh kenyataan media Datuk Seri Najib Razak.

“Parti UMNO dan saya sebagai seorang anggota parti yang setia, maka parti telah membuat keputusan di mana parti menarik sokongan dari pada YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri tetapi parti masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Di samping itu, berdasarkan kepada titah kebawah duli yang maha mulia yang dipertuan agong, amat jelas bahawa ke bawah duli Tuanku murka dengan perkembangan yang berlaku seperti mana yang berlaku seperti mana yang kita dapat kita teliti dan baca dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

Perkara pokok yang disebutkan itu adalah ada tindakan-tindakan yang dilakukan tidak mengikut kehendak perlembagaan negara. Ini satu kenyataan yang dibuat berasaskan kepada prinsip yang begitu fundamental. Yakni, setiap dari kita , lebih-lebih lagi sebagai seorang ahli parlimen, ayat pertama bila kita angkat sumpah, ialah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan negara.

Maka kalau ada sesuatu tindakan yang boleh disifat sebagai tidak mengikuti perlembagaan negara maka sebagai seorang yang telah mengangkat sumpah maka menjadi tanggungjawab saya untuk mempertahankan perlembagaan negara sesuai dengan sumpah yang telah saya lafazkan.

Saya suka juga menyatakan bahawa fasal 3 perlembagaan parti UMNO, bahawa UMNO sentiasa mempertahankan sistem raja berlembagaan. Ini merupakan salah satu daripada asas perjuangan kita.

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, maka saya secara peribadi berpendapat bahawa perdana menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang telah berlaku seabgai ketua kerajaan.

Saya pernah menjadi ketua kerajaan selama 9 tahun, dan saya tahu bahawa urusan ini urusan antara perdana menteri dan YDP Agong, dan tidak boleh sebenarnya diwakili kepada menteri-menteri ataupun pihak yang lain.

Berikutan dengan kemurk@an YDP Agong ini, maka saya berpendirian bahawa perdana menteri Tan Sri Mahiadin mesti ambil tanggung jawab atas apa yang telah berlaku dan pilihan terbaik adalah untuk Tan Sri Mahiadin berundur secara terhormat kerana ini adalah satu yang mencerminkan bahawa perdana menteri mengambil tanggungjawab atas apa yang telah dilakukan atas nama kerajaannya.

Walaupun berlaku oleh pihak-pihak yang lain, tetapi yang pokoknya tanggungjawabnya tidak boleh diletakkan atas bahu yang lain, dalam bahasa inggeris the buck stops with the prime minister. Sebab saya tahu banyak perkara zaman saya jadi PM pun saya terpaksa ambil tanggung jawab atas apa yang berlaku.

Jadi itulah pendirian yang saya nak nyatakan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota parti dan saya harap semua orang akan memahami akan pendirian ini. Pendirian saya bukan personal, bukan secara peribadi , tetapi pendirian saya adalah soal prinsip, fundamental dalam urusan kerajaan terutama sekali kerajaan bersama-sama dengan parlimen, demokrasi parlimen dan raja berperlembagaan.

Dan inilah cara kita mengendalikan sistem ini, sebab kalau ada percanggahan yang begini genting dan serius antara perdana menteri dan YDP Agong, maka kita terpaksa cari jalan untuk penyelesaian daripada keadaan yang begitu genting, dan begitu serius.

Saya nyatakan pendirian ini untuk kepentingan negara kerana kita tak mahu pentadbiran yang terganggu gugat, pentadbiran mesti berjalan dengan lancar, demi kepentingna rakyat. Kita tahu rakyat menghadapi satu ketika yang amat susah, rakyat ramai yang menderita pada masa ini, jadi kita perlu kepada suatu pentadbiran yang boleh berjalan dengan lancar, licin, dan dapat menyelamatkan negara daripada pandemik covid dan juga daripda keaadan ekonomi yang semakin meruncingkan. “



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: