Dihalang FRU dan trak meriam air, MP pembangkang bersurai

Kuala Lumpur, 2 Ogos: Perarakan beberapa ahli parlimen pembangkang menuju ke bangunan parlimen dari Dataran Merdeka dibatalkan ekoran dihalang oleh pasukan FRU dan sebuah trak meriam air.

Setelah 5 minit berkumpul di hadapan sekatan tersebut sambil memegang sepanduk “Mahiaddin dan kabinet letak jawatan”, ahli parlimen pembangkang meminta himpunan supaya bersurai.

FB Anwar Ibrahim.

Terdahulu, mereka menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sambil melaungkan “Daulat Tuanku”, “Undur Mahiadin” dan “Reformasi”.

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim sewaktu berucap di Dataran Merdeka mendakwa kerajaan Mahiaddin telah jatuh tumbang hari ini.

Trak meriam air dan sekatan polis di hadapan Bank Rakyat.

“Saya dapat maklumat ada dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar daripada barisan Perikatan Nasional. Maka dengan 107 (ahli parlimen) yang ada di sini, campur dengan mereka, kerajaan sudah ditumbangkan” katanya.

Tambahnya lagi, belum pernah berlaku dalam sejarah, pelanggaran hukum sedemikian rupa, oleh perdana menteri dan kabinetnya, penghinaan kepada institusi raja.

Walau bagaimanapun, tidak sampai berucap 3 minit, ucapan Anwar Ibrahim terpaksa dihentikan untuk memberi laluan kepada ucapan dari Tun Dr Mahathir yang baru tiba ketika itu.

“Hari ini secara tidak langsung, kita sudah tidak ada kerajaan. Apabila kita dapati, antara raja dan menteri, tak ada satu fahaman,maka kita tak boleh perintah negra kia ini. Fikirkanlah kalau ada usul yang nak dibuat oleh kerajaan, ia mestilah mendapat kelulusan YDP Agong, kalau tak dapat ia tak jadi.” kata Tun Dr Mahathir.

Katanya lagi, kalau ikut pindaan yang dibuat terdahulu, sekiranya raja menolak, maka perkara itu mestilah dibincangkan di dewan sebab-sebang penolakannya.

“Kalau tidak ada perubahan, dewan boleh hantar balik kepada raja. Kalau raja tak lulus, selama dua bulan barulah ia jadi undang-undang. “

“Tetapi belum pun dikemukakan kepada parlimen, dibawa kepada raja, raja tak setuju, buat pengumuman seolah-olah ia sudah jadi undang-undang. Tak ada seikit pun mengikut peraturan-peratuan. Negara kita ini tidak lagi diperintah mengikut undang-undang.” katanya.

Semalam ketua pengarah kesihatan, Tan Sri Noor Hisham berkata KKM mencadangkan agar kesemua sesi mesyuarat di parlimen ditangguhkan untuk tempoh dua minggu bermula 29 Julai berikutan pengesanan covid-19 varian delta.

Katanya, terdapat dua lagi kes positif dikesan di Parlimen pada 29 Julai yang melibatkan petugas yang hadir sejak 26 Julai manakala seorang lagi individu mempunyai gejala batuk dan loya.

KKM tambahnya, turut mengambil langkah pencegahan antaranya termasuk menyediakan kit saringan kendiri RTK Antigen. Hasil saringan terhadap 1,183 individu telah membawa kepada sembilan lagi kes positif COVID-19.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 11 kes (seorang RT PCR positif) dan 10 orang (RTK Ag positif) dengan lima (5) daripadanya bergejala,” katanya lagi.

Daripada kesemua positif yang dikesan, terdapat lima kes yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi manakala hanya dua individu yang mempunyai sejarah vaksinasi lengkap melepasi 14 hari.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: