PAS akan adakan mesyuarat tergempar selepas UMNO tarik sokongan

Kuala Lumpur, 3 Ogos: PAS akan mengadakan mesyuarat tergempar segera untuk membincangkan situasi terkini politik dan kedudukan kerajaan semasa.

Mengesahkan hal tersebut apabila dihubungi portal FMT, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia adalah susulan keputusan UMNO menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita akan mengadakan mesyuarat dengan segera” kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man

Ia juga berikutan pengumuman ahli parlimen UMNO Shamsul Anuar Nasarah yang meletakkan jawatan dari kabinet.

Petang tadi, UMNO mengumumkan penarikan balik sokongan terhadap PN dan Muhyiddin Yassin.

Dalam satu sidang media yang dibacakan presiden UMNO, Zahid Hamidi, 5 ketetapan telah diambil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO iaitu:

  1. UMNO memeilih untuk ambil pendirian berpihak kepada YDP Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan perdana menteri pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin yang ternyata gagal di mata rakyat selaras dengan fasal 3.3 perlembagaan UMNO.
  2. Kenyataan terbaharu perdana menteri hari ini tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan yang jelas telah menyanggah titah ke bawah dulu YDP Agong malah mempersendakan baginda yang hakikatnya sudah beberapa kali baginda menitahkan supaya semua ordinan darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 2 ogos 2021 dan bukan pada bulan september 2021 iaitu persidangan parlimen yang akan datang. Pendirian ini adalah sejajar dengan perkara 150 (3) perlembagaan persekutuan.
  3. Bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada YDP Agong maka majlis tertinggi agong umno sebulat suara sepakat menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.
  4. Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah YDP Agong dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri secara terhormat.
  5. Surat Akuan ahli-ahli parlimen dari UMNO yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin. telahpun saya persembahkan kepada YDP Agong sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan beliau sebagai ketua kerajaan telah terbatal.

Tidak dinyatakan senarai ahli parlimen pada SD yang diperkatakan, walau bagaimanapun, dalam sidang media itu terdapat 11 ahli parlimen UMN0 yang hadir iaitu

  1. Najib Abdul Razak (Pekan)
  2. Azalina Said Othman (Penggerang)
  3. Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  4. Azeez Abdul Rahim (Baling)
  5. Noh Omar (Tanjung Karang)
  6. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  7. Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  8. Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
  11. Ahmad Maslan (Pontian)

Ini menjadikan setakat ini 12 ahli parlimen UMNO menyatakan penarikan balik sokongan, di mana ia sudah lebih dari mencukupi untuk secara teknikalnya bagi perdana menteri hilangan majoriti yang jelas.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Shamsul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,” katanya.

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.