Saya masih ada majoriti, usul undi percaya pada September di parlimen- PM

Trankskrip penuh :

Semalam saya telah menerima warkah dari ke bawah duli yang maha mulia seri paduka baginda Yang Dipertuan Agong yang memaklumkan kepada saya terdapat 8 orang ahli parlimen UMNO telah menulis surat kepada yang dipertua dewan rakyat bahawa mereka telah menarik sokongan kepada saya.


Di dalam warkah ini, ke bawah duli yang maha mulia seri paduka yang dipertuan Agong telah memetik dua peruntukan dalam perlembagaan persekutuan. Pertama perkara 43 (2A) iaitu YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai perdana menteri untuk mempengerusikan jemaah menteri seorang ahli dewan rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat itu.


Dan kedua, perkara 43(4) iaitu jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.


Sehubungan itu, saya telah dititah mengadap YDP Agong pada jam 11 pagi hari ini.

Dalam majlis mengadap pagi ini, saya telah menyembah maklum kepada ke bawah duli yang maha mulia seri paduka YDP Agong bahawa saya telah menerima sejumlah surat akuan daripada ahli-ahli dewan rakyat yang meyakinkan saya bahawa saya masih mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat pada masa ini. Sehubungan itu peletakkan jawatan saya dibawah perkara 43(4) perlembagaan persekutuan adalah tidak berbangkit. Namun saya juga sedar bahawa kedudukan saya sebagai PM seringkali dipersoalkan.


Maka saya telah menyembah maklum kepada YDP Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai perdana menteri di parlimen. Satu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di dewan rakyat ketika dewan rakyat bersidang pada bulan september.


Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai perdana menteri dan perikatan nasional sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang2 dan perlembagaan.


Alhamdulillah. YDP Agong telah memperkenankan cadangan saya ini. Sementara itu jemaah manteri dan jentera pentadbiran akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara khususnya dalam menangani pandemik covid-19.


Saya akan memastikan program vaksinasi yang sedang berjalan pada masa ini tidak akan terganggu dan terus dilaksanakan mengikut jadual. Begitu juga bantuan2 yang telah diumumkan oleh kerajaan akan dapat diterima oleh rakyat tanpa sebarang halangan. Saya menjeru kepada semua para penjawat awam khususnya para frontliners agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh.


Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka termasuklah desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.


Saya juga telah dituduh menderhaka kepada raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi raja berperlembagaan . Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangani sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur. Menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara dan melindungi dan mempertahankan perlembagaan. Saya doakan agar rakyat dan negara kita dilindungi oleh Allah SWT dan kepadaNYalah kita berserah. – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version