DAKWAAN DESAKAN UNTUK CAMPUR TANGAN KES MAHKAMAH, MENGAPA TAN SRI MAHIADDIN YASSIN TIDAK MEMBUAT LAPORAN POLIS?
- Saya merujuk kepada sidang media Tan Sri Mahiaddin Yassin tengah hari semalam yang mengatakan bahawa ada pihak yang mendesak beliau untuk campur tangan kes mahkamah.
- Umum mengetahui, Tan Sri Mahiaddin sebenarnya merujuk kepada kes kes rasuah yang dihadapi oleh beberapa MP UMNO.
- Persoalannya di sini, mengapa Tan Sri Mahiaddin tidak membuat laporan polis mengenai desakan tersebut?
- Sebagai ketua kerajaan, Tan Sri Mahiaddin membuat satu dakwaan yang serius di dalam sidang media yang ditonton oleh seluruh negara.
- Dakwaan ini secara langsung mencalarkan institusi kehakiman negara, seolah-olah sistem kehakiman negara berada di bawah pengaruh ahli politik terutamanya Perdana Menteri.
- Tan Sri Mahiaddin Yassin sepatutnya membuat laporan polis mengenai dakwaan ini, bukan sekadar membuat kenyataan di media.
Sekian
Asheeq Ali Bin Sethi Alivi
Peguambela dan Peguamcara
5.8.2021