Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad menjadi anggota kabinet terbaru daripada UMNO meletakkan jawatannya hari ini selaku menteri pengajian tinggi.
Noraini berkata selaku Ketua Wanita Umno, dia akur dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno pada 3 Ogos lalu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pengajian Tinggi di dalam Kerajaan Persekutuan.
“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta. Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, timbalan Perdana Menteri merangkap naib Presiden UMN0, Datuk Seri Ismail Sabri berkata 31 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 21 ahli parlimen UMNO kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional sehinggalah keabsahannya ditentukan pada sidang Parlimen bulan depan.
Pada perkembangan yang sama, dua ahli parlimen UMNO, Azeez (Baling) dan Noh Omar (Tanjung Karang) menafikan mereka termasuk di kalangan ahli parlimen BN yang menyokong PN seperti yang didakwa Datuk Ismail Sabri. – Buletin TTKM