Hina MB Kedah: 4 orang ditahan setakat ini

ALOR SETAR, 12 Mei -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri DUN Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan sidang media khas berhubung isu politik Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di sini --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kuala Lumpur, 11 Ogos: Empat individu setakat ini ditahan berikutan menaikkan hantaran di media sosial mengh1na menteri besar Kedah, Sanusi.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga emas, 61 tahun yang ditahan di sebuah rumah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada jam 3.57 pagi Isnin, 9 Ogos susulan laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Azizan Hamzah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, video berdurasi 9.19 minit di pautan Facebook lelaki tersebut yang menggunakan nama Kamal Hero Malaya dipercayai bertujuan mengh1na, menjatuhkan maruah, bermotifkan politik serta mencem@r reputasi Muhammad Sanusi.

Kes kedua dan ketiga pula melibatkan dua lelaki yang didakwa mengeluarkan kata-kata kes@t terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menerusi laman media sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata kedua-duanya yang berusia 52 dan 45 tahun ditahan di rumah mereka di Kepala Batas dan Mergong Perdana di sini pada 5.15 dan 6 petang Isnin 9 ogos.

“Seorang Pegawai Khas Menteri Besar Kedah telah membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada sekitar 10.30 pagi semalam ekoran komen negat1f dan jel1k oleh dua individu itu di Facebook milik Menteri Besar Kedah.” katanya.

Manakala kes terbaru, yang keempat, melibatkan seorang lagi lelaki, penganalisa teknologi maklumat berusia 25 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Taiping, Perak semalam.

Ini menjadikan jumlah semua suspek yang ditahan kerana mengh1na dan mengug0t Menteri Besar Kedah di FB adalah empat orang.

Menurut sumber, suspek ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kira-kira 12 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis meramp@s telefon pintar milik suspek dan dia dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Suspek mengaku menghantar kiriman mesej mengug0t di Facebook (FB) Messenger milik Menteri Besar Kedah, namun dia mendakwa sudah memadam kandungan mesej terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pemuda PKR menggesa dan untuk memberhentikan tindakan terhadap pihak yang mengkritik ahli politik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas empat individu diitahan kerana menyel@r Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana bergurau mengenai kontena mayat pesakit Covid-19.

Ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari dan setiausaha biro undang-undang parti itu, Darwin Lim Chee Chien berkata penahanan itu adalah penindasan terhadap kebebasan bersuara dan bertentangan dengan undang-undang.

“Kami percaya bahawa menggunakan undang-undang tersebut untuk menyiasat individu terbabit adalah satu bentuk penindasan terhadap kebebasan bersuara dan merosakkan konsep semak dan imbang rakyat terhadap kerajaan.

“Siasatan polis terhadap mereka adalah tindakan kejam dan bertentangan dengan peraturan undang-undang negara kita kerana kebebasan bersuara termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka dalam kenyataan bersama.

Pada perkembangan yang sama, Datuk WONG CHUN WAI dalam satu kolum di The Star hari ini, mengkritik tindakan yang dikenakan terhadap pengkritik menteri besar Kedah tersebut.

“Kita ada kes di mana Muhammad Sanusi memohon maaf berikutan gurauan mengenai kontena beku untuk mangsa covid-19 yang tular di media sosial, tetapi kini laporan polis pula dibuat. Jenis apakah permohonan maaf sebegini?”

Tambahnya lagi, sebagai pemimpin PAS, Sanusi sudah tentu sepanjang kariernya mengkritik parti politik lain sebelum beliau menjadi kerajaan.

“Menghina, mengkritik di ceramah meruapkan salah satu dari aktiviti kebiasaannya. Sekarang apabila memegang jawatan tinggi kerajaan negeri, maka kini adalah gilirannya untuk berdepan dengan orang awam.” – Wong Chun Wai

Katanya lagi, Sanusi tidak seharusnya mengharapkan pujian dan ampuan sahaja.

Sanusi sebelum ini mengkritik seorang wanita yang menaikkan hantaran mendakwa beliau melanggar SOP covid-19 dengan melakukan pandu uji.

Beliau menyindir wanita tersebut dengan berkata “Kalau dia perlu gajet yang baik untuk dapatkan gambar lebih jelas, saya bersedia hadiahkan untuknya gajet baharu.”.

Setelah sebulan melakukan siasatan, polis mendapati Sanusi sah melanggar SOP tersebut dan kemudian dikompaun sebanyak RM1500. – Buletin TTKM-




LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version