Muhyiddin pengerusikan mesyuarat dengan pemimpin parti PN petang ini.

PUTRAJAYA, 11 Ogos: Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin parti Perikatan Nasional petang ini

Menurut laporan The Star, meskipun agenda mesyuarat tidak dinyatakan, ia diadakan berikutan penarikan sokongan UMNO kepada Perikatan Nasional.

Selain Muhyiddin, pemimpin dari PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah, STAR dijangka akan hadir pada mesyuarat tersebut di pejabat Perdana Menteri pada jam 5 petang ini.

Pada 4 Ogos, UMNO menyiarkan surat akuan sumpah 14 ahi parlimennya yang tidak lagi menyokong Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional

Senarai nama ahli parlimen umno tersebut dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong melalui surat yang ditanda tangani oleh presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Sementara itu, parti Pejuang dan Warisan turut mengesahkan telah menghantar surat akuan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada istana.

Terdahulu, PKR juga telah menghantar surat mewakili 35 ahli parlimennya kepada Agong dalam perkara yang sama.

Dari segi jumlah ahli parlimen secara teknikal, yang menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setakat ini adalah 100 ahli parlimen. Manakala yang menolak adalah berjumlah 120.

Walau bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin berkata beliau akan membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri melalui usul undi percaya yang akan dilakukan di dewan rakyat pada bulan september ini. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.