Kuala Lumpur, 18 Ogos: Seorang peguam, Syahredzan Johon mendakwa kerajaan Muhyiddin tumbang akibat dari lahirnya tanda pagar “kerajaan gagal” yang dilahirkan dari media sosial twitter.
“#KerajaanGagal lahir dari Twitter, dan akhirnya menjadi sebab Kerajaan Muhyiddin tumbang.”
Syahredzan Johan
Beliau yang juga setiausaha politik Lim Kit Siang walau bagaimanapun mengakui twitter bukanlah platform media sosialterbesar di Malaysia tetapi ia menjadi platform membentuk naratif dan persepsi.
“Twitter memang bukan platform medsos terbesar di Malaysia. Tetapi Twitter ini platform yang membentuk naratif dan persepsi yang akhirnya menjadi berita dan masuk ke platform lain.”
Syahredzan Johan
Diminta oleh pengguna twitter lain untuk mula berlawan lebih banyak di facebook , Syadredzan berkata beliau tiada cukup berani dan sabar untuk melakukan perkara itu.
Sebelum ini tular hantaran seorang aktivis media sosial, Khairul Azri yang mendakwa “tidak keterlaluan untuk mengatakan siapa memegang facebook, dia memegang naratif di Malaysia”.
Ketika dihubungi Buletin TTKM, Khairul Azri berkata pembinaan naratif perlu dibina terlebih dahulu di facebook kerana ia bersifat lebih meluas dan penggunaan aksara yang tiada had.
( Maksimum penggunaan aksara di twitter adalah 280- editor)
“Di Twitter lebih kepada echo dan menguatkan kerana sifat tweet kembali (retweet) dan tanda suka (likes) platform twitter itu sendiri yang lincah dalam apa-apa gerakan sebarluas”
Khairul Azri
Namun, beliau bersetuju mengenai perpindahan naratif dari witter kepada berita dan platform lain kerana di twitter terdapat ramai individu berpengaruh, wartawan dan ahli politik.
“Walaubagaimanapun, untuk kekalkan momentum validasi isu, lebih lebih lagi isu politik, facebook adalah medannya”
Khairul Azri
Menurut hootsuite.com, setakat Januari 2021, terdapat 28 juta pengguna aktif media sosial di Malaysia.
Dari jumlah itu, 24 juta menggunakan facebook manakala 3.35 juta menggunakan twitter.
Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang berikutan 15 ahli parlimen UMNO diketuai Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan kepada perdana menteri.
Speaker mengarahkan ahli parlimen supaya memberikan hanya seorang nama calon untuk jawatan perdana menteri dan ia perlu dihantar kepada pihak istana selewat-lewatnya pada hari ini, Rabu 18 Ogos, 4 petang – Buletin TTKM-

