Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM: DAP ucap tahniah

Kenyataan oleh Lim Guan Eng.

DAP mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong.

Tugas utama Ismail adalah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk memperbaiki kegagalan dan kesilapan dalam memerangi pandemik COVID-19 yang mencecah rekod tertinggi sebanyak 23,564 kes pada 20 Ogos dan telah menyebabkan sejumlah 13,713 kematian dan 1,513,025 jangkitan serta membantu rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan dengan mengeluarkan ekonomi negara daripada kemelesetan.

Ismail perlu sedar bahawa beliau adalah Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau perlu berkhidmat dan melindungi kepentingan setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

Lim Guan Eng, Setiausaha DAP.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.