Istana Negara, 20 Ogos: Dato Ismail Sabri sah dilantik sebagai perdana menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Perkara itu disahkan melalui kenyataan oleh Istana Negara sebentar tadi.
“Dari surat-surat akuan tersebut, seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan YB Dato’ Sri Ismail Sabri ( AP Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Susulan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima menghadap 114 ahli Dewan Rakyat semalam, 19 Ogos 2021, untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli dewan rakyat yang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Sehubungan dengan itu, dan selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan PErsekutuan, Seri PAduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9″
Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
Tambah kenyataan itu lagi, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah JAwatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos ( Sabtu), jam 2.30 petang di Istana Negara.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri dengan segera dan kesemua Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik Covid-19 demi kepentingan rakyat dan negara”
Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM-