Dokumen setebal 52 muka surat ini adalah VERDICT/ ALASAN PENGHAKIMAN oleh Rofiah binti Mohamad
Koroner, Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019.
Beliau memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Koroner Rofiah Mohamad berkata, keterangan saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian boleh diterima dan mempunyai asas selain ia disokong saksi ke-30, iaitu pakar Fizik dalam pengiraan formula daya.
Beliau berkata, pihaknya juga menolak teori yang dikeluarkan saksi ke-24, Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menyatakan Muhammad Adib keluar sendiri dari van EMRS sebelum dilanggar.
Ketika membacakan keputusan, Rofiah juga memberitahu keterangan saksi di tempat kejadian juga menunjukkan terdapat perbuatan memukul di mana ia membabitkan kira-kira 20 hingga 30 lelaki.
Rofiah turut merumuskan kegagalan polis dan pasukan FRU dalam mengawal keadaan rusuhan itu menyumbang kepada kematian Muhammad Adib.
Pada muka surat akhir, koroner “mengarahkan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk melakukan apa-apa yang perlu bagi memulakan apa-apa siasatan di bawah kuasa mereka seperti yang termaktub di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan seterusnya menjalankan pendakwaan
sekiranya difikirkan wajar”.
Setelah hampir dua tahun inkues, belum ada sesiapa dituduh di mahkamah yang menyebabkan kematian arwah Adib.
Berikut merupakan dokumen penuh dalam PDF:
INKUES-KEMATIAN-ARWAH-MUHAMMAD-ADIB-BIN-MOHD-KASSIM-VERDICT-ALASAN-PENGHAKIMAN-Buletin TTKM-