Seorang guru beri 4 penyelesaian bagi 2500 guru enggan divaksin.

Oleh : Guru yang enggan dinamakan

Masalah:
Ada guru tak mahu divaksinasi.


Penyelesaian oleh KPM:
Jangan benarkan guru ini mengajar secara bersemuka dengan pelajar.


Kesan:
Guru tidak vaksinasi melakukan tugasan di meja dan pejabat. Guru yang fully vaccinated kena gantikan guru ini masuk kelas.


Banyak cantik!!! Ini penyelesaian atau tambah masalah? Ini macam menggalakkan guru untuk tak perlu vaksinasi supaya boleh kurangkan tugas mereka. Unless guru tu ada masalah kesihatan yang boleh menjejaskan diri mereka jika ambil vaksin, kita pun faham.


Masalahnya adalah guru-guru yang saja tak mahu ambil vaksin.

Pelbagai alasan diberi: agenda Yahudi, agenda Illuminati, tak mahu jadi tikus makmal, vaksin ada mikrochip, kami penyokong fahaman flat earth etc etc.


Cadangan penyelesaian yang sesuai:

  1. Tolak elaun.
  2. Sekat kenaikan gaji/pangkat sehingga dapat vaksinasi penuh.
  3. Berikan semua tugasan perkeranian termasuk tugasan buat soalan ujian, tanda latihan, ambil kehadiran etc. Guru yang masuk kelas hanya mengajar saja.
  4. Tambahan cadangan:
    Guru tidak divaksinasi WAJIB pakai full PPE suit ketika masuk mengajar dalam kelas. Setuju tak?
    Saja je nak panaskan keadaan!

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.