Putrajaya 14 September: Imam besar Masjid Putrajaya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di atas reaksi beliau yang dilihat agak keterlaluan dalam satu video secara langsung di facebook beliau berhubung isu peruntukan 10% VIP di masjid tersebut.
“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan memperbaiki keadaan terutamanya mengenai perlaksanaan SOP khasnya di masjid Putra, Putrajaya.
“Untuk itu saya mengajak semua, khasnya jemaah Masjid Putra untuk kita teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat mahupun solat fardhu serta program-program yang kami anjurkan.
Beliau kemudian membaca ayat Quran, Surah Hud ayat ke 88 yang bermaksud
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upaya ku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”.
Kenyataan maaf imam besar masjid Putra itu dinaikkan di laman rasmi facebook Masjid Putra malam tadi.
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada kuota 10% yang diperuntukkan kepada VIP di masjid tersebut akan dihapuskan atau tidak seperti yang didesak pelbagai pihak.
Pada video beliau secara langsung sebelum ini, beliau berkata tidak meredai perbuatan memviralkan video kononnya VIP mendapat layanan berbeza berbanding orang awam di masjid tersebut.
Pada video itu juga beliau turut mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf.
“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”
Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim
Video tersebut menjadi kec@man pelbagai pihak sehingga beliau bertindak memadamkan video itu dari akaun facebooknya.
-Buletin TTKM-
Video :