Pengusaha pusat urut rayu kerajaan benarkan operasi

Kuala Lumpur: Pengusaha pusat refleksologi di ibu kota merayu kepada kerajaan supaya dibenarkan beroperasi memandangkan penduduk dewasa di Lembah Klang sudah mencapai sasaran imuniti kelompok.

Rata-rata pengendali sektor terbabit yang ditemui merayu agar kerajaan mempertimbangkan dan memberi peluang untuk membuka semula operasi mereka kerana selain sudah bersedia dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, mereka juga sudah melengkapi dua dos vaksinasi.

“Kita boleh buka semula dengan SOP ketat, asalkan perniagaan dapat bernafas semula. Sudah terlalu lama kami menanggung kerugian akibat perlu membayar sewa premis” kata seorang pengusaha pusat urut yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong.

Katanya lagi, semua pekerja beliau juga sudah lengkap dua dos vaksinasi selain mencadangkan hanya pelanggan yang sudah melengkapi dua dos yang sama sahaja dibenarkan untuk mendapatkan rawatan refleksologi.

“Banyak pusat refleksologi lain sudah gulung tikar. Mana boleh tahan tak ada perniagaan terlalu lama. Saya sudah melabur begitu banyak untuk perniagaan ini. Pekerja juga perlu cari makan. Kalau ditunggu lebih lama, saya pun mungkin akan gulung tikar juga”kata seorang pengusaha lain, encik Samad Harun.

Sementara itu, Encik Khairul Samad, pengunjung pusat refleksologi melahirkan rasa kecewa beliau ketika ditemui.

“Saya kerja berat sepanjang hari. Selalunya sebulan dua tiga kali saya pergi urut badan untuk kurangkan tekanan dan regangkan otot-otot. Nak harapkan orang rumah, 5 minit boleh la dia urut” katanya sugul.

“Aku memang selalu pegi kedai urut setiap kali lepas hiking. Buat dua jam, sampai lena dia urut. Bangun tidur terus minum teh kosong panas-panas, badan kemudian jadi segar.
Kalau di Nilai, ada kedai urut yang bagus untuk legakan otot, sendi & seluruh badan.” kata Haizal Yatiran, seorang pengunjung pusat refleksologi di Nilai.

Maizun Mastura, seorang suri rumah juga berharap pusat Spa dapat dibuka kembali.

“Saya pun suka pergi spa body massage, manjakan diri. Walaupun ada jugavmobile spa rumah ke rumah, aku lebih gemar pergi kedai terus. Aku nak ‘me time’ , apa jadah nak dok dalam rumah. Dah berapa lama dah terperap macam ni. Serius lemau badan, rasa tak sedap. Nak skrub, sauna, mandi susu, massage, facial apa jadah bagai. Untuk suri rumah macam aku, spa tu perlu untuk lari, untuk masa diri (me time) . Masa tu lah nak rehat manjakan diri sekejap. Harap cepat lah buka.” katanya kepada Buletin TTKM.

Lembah Klang merekodkan lebih 80 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19 pada 28 Ogos lepas.

Lantaran itu, penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini bebas merentas daerah menyaksikan pusat rekreasi dipenuhi pengunjung sejak kebenaran merentas daerah diumumkan pada jumaat lepas. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: