Sebulan gaji notis + RM27,227.20 pro rata: Gaji Peja sebagai penasihat PM selama 11 hari.

Kuala Lumpur, 15 September: Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja menerima bayaran secara pro rata untuk 11 hari berjumlah RM27,227.20 dan gaji sebulan notis penamatan perkhidmatan singkat sebagai penasihat bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perkara ini didedahkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, melalui jawapan bertulis di Parlimen selepas Lim Lip Eng (PH-Kepong), meminta beliau menjawab jumlah gaji diterima oleh Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri untuk tempoh yang singkat itu.

Tambahnya lagi, berkata pembayaran gaji penuh itu adalah sebagai gantian notis penamatan perkhidmatan berikutan tempoh perkhidmatan Faizal yang singkat dan tidak cukup sebulan.

Lim turut mempersoalkan sama ada terdapat jumlah gratuiti dan pencen bulanan yang layak diterima Faizal dari kerajaan, selain bertanya apakah tugas Faizal sebenarnya.

Katanya, jawatan itu tidak melibatkan pembayaran pencen.

Jawab Ismail, tugas Faizal semasa pemerintahan kerajaan PN dalah untuk menasihati Perdana Menteri dalam hal berkaitan komunikasi komuniti.

Selain itu, katanya, Faizal bertanggungjawab mewujudkan jalinan kerjasama erat antara kerajaan dan pimpinan masyarakat.

“(Beliau juga) meningkatkan kefahaman rakyat mengenai dasar kerajaan menerusi saluran komunikasi yang berkesan, dan meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dalam aspek pembangunan sosioekonomi rakyat,” tambahnya.

Pada 5 Ogos lalu, Faizal dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Muhyiddin dengan jawatan bertaraf menteri sebelum Perdana Menteri itu meletak jawatan pada 16 Ogos.

Tidak berapa lama setelah menjawat jawatan tersebut, beliau memberikan reviu mengenai masakan mee kari salah sebuah restoran di Putrajaya.

“Emmm! Pada saya, dari 10 bintang, saya bagi 8 setengah (bintang), cukup sedap. Mungkin kalau kalau saya dapat makan segar, mungkin kalau bila dah tak ada PKP saya dapat makan kuah panas di kedai dia, tentu saya boleh bagi sembilan atau sepuluh (bintang juga). So, well done! Sedap. Standard boleh meniaga di Ipoh juga ni!” kata beliau selepas merasa mee kari tersebut.

Video itu dikec@m hebat warganet kerana Faizal dilihat tidak kompeten melalui jawatan penasihat PM yang baru sahaja dipikul ketika itu. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.