Wajib uji COVID-19 sebelum ke Langkawi: Netizen kecewa kerajaan ‘U-turn last minute”

Warganet melahirkan rasa kecewa  apabilala kerajaan melakukan pusingan-U dalam polisi gelembung melancong ke Langkawi berikutan menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam berkata semua pelancong yang berhasrat bercuti di pulau peranginan Langkawi bermula 16 September diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19.

Untuk rekod, pada selasa, 13 September, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nancy Shukri berkata pengunjung yang mahu ke Langkawi tidak diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19.

Kekecewaan itu dilihat pada ratusan komen balas pengguna twitter di ciapan menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengumumkan perkata itu di akaun twitternya.

“Apasal tak beritahu masa buat keputusan boleh melancong ke Langkawi hari tu? Kalau tahu macam ni tak ada la beli tiket penerbangan, tempah hotel bagai. Betul-betul menyusahkan orang. Kalau saringan percuma tu tak mengapa. Yang anak ramai macam mana??” tanya seorang pengguna twitter Aliff Reza.

Muhammad B. Sahak pula berkata keputusan di minit terakhir itu akan menyusahkan pengunjung.

Last minute decision, macam mana dengan orang yang dah tempah penerbangan, hotel dan lain-lain tiba tiba tak boleh melancong. Dapat pemulangan ke??? Could you please align the impact of your decision. Put yourself as one of travellers please. Malu lah buat keputusan jenis tak fikir panjang ni.”

“Memang mewarisi kegagalan kerajaan terdahulu. Flip flop. U turn dan inconsistent SOP. Bincang dan putuskan , orang tak marah ..bukan buat keputusan last minit. Ingatkan kerajaan baru belajar dari kegagalan yang lama .rupanya orang serupa, carakerja pun sama. Bingai tak sudah” kata seorang pengguna twitter dengan nama akaun Man Tibai.

Ashriq Basri pula mempersoalkan kenapa perkara ini tidak dibincangkan awal dalam mesyuarat Gelembung Langkawi.

“Masa mesyuarat nak buat Gelembung Langkawi ni tak bincang habis-habis ke? Sikit-sikit bagi arahan. Menteri Pelancongan kata lain. Ni arahan lain pula.” kata beliau.

Ada juga yang keliru mengenai SOP terbaru ini dan bertanyakan seawal manakah beliau perlu ke lapangan terbang memandangkan akan ada barisan panjang untuk melakukan ujian.

“Setiap ujian akan ambil 5 minit untuk dibuka bungkusan, dan meludah ke dalam tiub, kemudian tunggu lagi 15 minit. Akan ada barisan yang panjang. Lebih banyak kontak. Jadi bagaimana ujian tersebut dapat dilakukan dengan selamat? Kita bercakap mengenai 200 penumpang setiap penerbangan ditambah pula dengan 10 penerbangan setiap hari. Jadi waktu bila saya perlu ke KLIA?” tanya Fariza.

“Mohon apa-apa pengumuman rasmi/kenyataan akhbar untuk isu/info yg saling berkaitan, biarlah sync antara kementerian-kementerian yang terlibat. Ni KKM statement lain. Pelancongan sembang lain. Nanti kalau tak lepas masuk destinasi atau kena tahan, nak argue guna statement yang mana? ” kata Ashraf.

“Haritu kata tak perlu. Sekarang perlu pula. Kerajaan ni nk ape sebenarnya? Tiket penerbangan ingat murah ke? Dah la mintak pemulangan tak dapat-dapat.” kata Nizar kecewa.

Atikah pula menyifatkan keputusan ini seperti ber@k tidak habis

“Aku malas cakap apa lah penerbangan dan hotel sudah tempah… bagitau sikit sikit. Macam b@rak tak habis” kata Atiqah.

Pada perkembangan yang sama, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan berkata KKM sudah membuat persedian di KLIA, KLIA2, LTSAAS Subang dan terminal feri untuk membantu pelancong membuat ujian pengesanan Covid-19.

Sementara itu, pesawat penerbangan Malaysia MH1432 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi membawa kumpulan pertama pelancong tempatan yang lengkap divaksin dari Kuala Lumpur pada pukul 10.40 pagi Khamis tadi.

Pesawat Boeing 737-800 itu membawa 159 penumpang di bawah projek gelembung pelancongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor, pengerusi jawatankuasa pelancongan negeri Mohd Firdaus Ahmad dan ketua eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib.

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.