Laman FB IIUM Confession mohon maaf terbit pengakuan libat Ustaz Ahmad Saifuddin

Kuala Lumpur, 19 Sept: Laman facebook IIUM Confession (BM) memohon maaf kepada Ustaz Ahmad Saifuddin berhubung dua artikel pengakuan yang diterbitkan laman tersebut yang dikatakan memf1tnah beliau.

“Minggu ini terdapat 2 confessions yang apabila dikira telahan netizen, ia rupa-rupanya menuju kepada individu yang spesifik, dan bukannya ‘anonymous’; tidak merujuk kepada nama, ataupun sesiapa seperti mana yang kami sangkakan pada awalnya. Ini adalah kenyataan khas untuk memulihkan semula nama baik seorang individu yang sangat banyak memberi jasa dalam memandaikan umat, iaitu Tuan Ahmad Saifuddin Yusof sendiri.” – IIUM Confessions – BM

Tambah kenyatan itu lagi, kedua-dua pengakuan itu telah dipadamkan supaya tidak meneruskan hal pers@ngkaan bur0k dan mer0sakkan lagi nama baik Tuan Ahmad Saifuddin Yusof.

“Berdasarkan info yang kami ada, kami berat mengatakan bahawa penulis tidak ‘consistent’ dalam menetapkan identiti beliau sebagai confessor melalui emel, dan penulisannya jelas-jelas menjadikan medium kami (IIUMC) sebagai tempat untuk menatijahkan rasa iri serta dengk1 pada usaha baik seseorang. Kami daripada IIUMC sekali lagi menafikan kesahihan 2 confessions tersebut & memohon maaf kepada Tuan Ahmad Saifuddin Yusof. Kami akan lebih berhati-hati dalam menyiarkan confession selepas ini.” – IIUM Confessions – BM

Dihubungi Buletin TTKM, Ustaz Ahmad Saifuddin berkata pada awalnya beliau tidak mengambil serius sangat artikel pengakuan tersebut, walau bagaimanapun apabila melihat ciri-ciri awal yang ditulis oleh pengaku itu seolah-olah jelas ditujukan kepada beliau.

“Pada mulanya team saya daripada Penerbitan Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanya tentang tulisan pertama bertajuk Suami Aku Ustaz Facebook di IIUM Confession. Awalnya saya tidak ambil serius sangat. Tetapi apabila melihat ciri-ciri awal yang ditulis oleh confessor itu seolah jelas ditujukan kepada diri saya. Ditulis ; Ustaz ASY (bukan nama sebenar) Sedang tulis buku Tafsir Sekian sekian Follower puluh ribu Suka ulas isu semasa. Ciri-ciri ini jelas ditujukan kepada saya” katanya.

Tambah beliau lagi, ciri-ciri lain yang dikemukakan dalam artikel pengakuan itu hanyalah tokok tambah penulis sahaja untuk elak ditujukan kepada beliau, maka pada hari tersebu beliau melakukan hantaran penafian, tetapi kemudian keluar pula artikel kedua yang bertajuk “Suami Aku Ustaz Facebook II” .

“(Artikel pengakuan kedua) terang dan jelas menyebut isu penafian yang saya buat. Maka jelas tulisan pengaku itu memang berniat untuk ditujukan kepada saya. Kemudian saya minta penjelasan daripada admin IIUM Confessions – BM dan pihak admin telah minta maaf.” katanya.

Menyimpulkan isu ini, Ahmad Saifuddin Yusof berharap pemilik laman (facebook) dan laman web supaya berhati-hati apabila memuatkan tulisan apabila melibatkan hal yang jelas spesifik dan melibatkan perkara yang boleh menimbulkan f1tnah.

Laman facebook IIUM Confession-BM mempunyai lebih 500k pengikut dan laman itu menerbitkan artikel ‘pengakuan’ secara anonymous, di mana identiti penulis tidak didedahkan. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: