Jangan mak1 mereka yang memprovokas1- Firdaus Wong

Oleh : Firdaus Wong

Saya ada pilihan untuk ‘troll’, sindir, perli atau sarkastik netizen yang h1na, tuduh, f1tnah hatta mengkaf1rkan saya tetapi In Sha Allah, saya tidak akan melakukannya.

Saya pilih mahu mendidik maka saya tidak mahu mendidik dengan ‘troll’, sindir, perl.i atau sarkastik walaupun saya mampu melakukannya.

Ramai netizen mengelar walabit, el-limunitati, usop (taasuber) dan sebagainya tetapi saya tidak pernah sesekali menggunakannya kepada pihak yang memprovokasi atau tidak bersetuju dengan saya.

Sahabat-sahabat yang baru join Telegram Channel saya & mahu menyindir atau memprovokasi, nasihat saya adalah tidak perlu bazir masa.

Anda yang merugikan akhirat anda dengan melakukan perkara sebegitu dan anda tidak akan sesekali berjaya memprovokasi saya.

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
(Al-Isra 17:7)

Anda sendiri yang akan menjadi ‘frust’ apabila saya tidak membalas provokasi anda. Bila anda ‘frust’, hidup anda tidak tenang & saya bimbang insan tersayang di sekeliling anda pula mendapat tempias dari anda.

Cara saya respon kepada anda juga itu proses saya mendidik cara pemikiran sahabat semua. Saya mohon juga sahabat yang telah lama mengikuti kami di MRM agar tidak perlu memaki hamun mereka yang memprovokasi.

Kalau mahu jawab, maka jawablah dengan bahasa yang baik. Ingat adab & akhlak Islamiah. Kalau risau terkasar bahasa, maka tahanlah lisan dan penulisan anda.

Hidup ini penuh dengan pilihan. Saya boleh memilih untuk merasa marah, tertekan & memaki hamun. Saya juga boleh memilih untuk merasa kesian, sedih & memaafkan.

Saya memilih yang kedua. Saya pilih untuk memaafkan. Saya sangka baik bahawa mereka tidak tahu dan terikut emosional yang menyebabkan terungkapnya perkataan yang kurang rasional.

Saya juga harap sahabat semua jangan mencari profile mereka menghina atau memaki atau membalas hinaan mereka. Kita sama sama didik diri dan masyarakat untuk menjadi lebih rasional, beradab & berakhlak.

Saya merayu kepada sahabat semua, yang menyokong atau tidak bersetuju dengan prinsip saya. Is ok kalau tidak bersetuju dengan prinsip saya. Is ok tetapi jangan memaki hamun. Please. Saya tidak mahu sahabat rugi di akhirat nanti.

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Sumber asal artikel ini adalah dari telegram rasmi Firdaus Wong Wai Hung- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.