Operasi PTG untuk bina ‘hoarding’ buat jalan, bukan untuk roboh tokong- Polis

Siaran Media kejadian tular rusu.han bagi menghalang pembinaan jalan bersebelahan tokong.

Pada 28 September 2021 jam lebih kurang 11.45 pagi hingga 4.00 petang, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG) untuk membina pagar penghadang ‘hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sekolah.

Di dalam operasi tersebut pihak Polis IPD Cheras telah hadir bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi yang dijalankan.

Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi. Kumpulan ini telah bertindak menghalang dan memec@hkan mesin jentolak selain menyer@ng anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.

Dalam insiden tersebut, pihak polis telah menahan (4) individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseks@an.

Satu video berkaitan isu ini telah dimuat naik di laman facebook bagi tujuan meraih simpati dan dieksploitasi. Sehubungan dengan itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan menggug@t ketenter@man awam.

Pihak polis Daerah Cheras menafikan terdapat tindakan untuk merob0hkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi ASP Mohamad Sukri Bin Ishak (Pegawai penyiasat kanan) di talian 013-2165881 atau mana-mana balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan.

Muhammad Idzam Bin Jaafar

Ketua Polis Daerah Cheras

video ehsan FB cheehowtemplesalaksouth :

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.