Kuala Lumpur, 30 September: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri mempersoalkan mengapakah terdapat layanan yang berbeza terhadap “mereka yang menghalau penguatkuasa dengan batang kayu dan menghalang undang-undang dengan tengk1ngan bongk@k” berbanding mereka yang hanya tidak mengikut SOP bersolat hari raya di Pulau Pinang.
“Jika penguatkuasa boleh dihalau dengan batang kayu dan undang-undang boleh dih@lang dengan tengk1ngan bongk@k, di manakah air muka pihak berkuasa?” tanya beliau.
Beliau turut mengingatkan insiden lepas bagaimana mereka yang hanya bersolat hariraya di Pulau Pinang yang tidak mengikut SOP digar1 beramai-ramai dengan penuh ketegasan.
“Mengapa ada perbezaan layanan?” soalnya.
“Bak kata Hindun binti Utbah mengkrit1k sikap beberapa orang Quraish yang tunjuk berani pada tempat yang salah
“Apakah di saat damai kamu bagaikan binatang tunggangan, tiada kemesraan dan kas@r.Sedangkan dalam masa peper@ngan pula bagaikan wanita-wanita haid”, tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian di laman facebooknya semalam.
Hantaran beliau itu dipercayai sebagai respon terhadap insiden rusuh@n dekat satu tokong di Salak Selatan kelmarin.
Lebih 30 orang bersenj@takan kayu dan besi menyer@ng pihak polis yang dipanggil untuk membantu pihak PTG memasang pagar bagi membina laluan bagi satu sekolah bersebelahan tokong tersebut.
Ada seorang dari mereka melompat ke atas pegawai polis dari belakang manakala yang lain meros@kkan jentolak dengan memuk0l berulang kali menggunakan kayu.
Ketua Polis Cheras mengesahkan kejadian itu dan berkata telah menahan (4) individu berumur antara 19 tahun hingga 50 tahun bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 186 Kanun Keseks@an.
Pada perkembangan yang sama, satu portal berita di facebook, Vetri Online kini tidak dapat diakses setelah membuat hantaran palsu kononnya tokong tersebut mahu dirobohkan.
Terdahulu, warganet mendesak laman tersebut untuk membuat kenyataan maaf berhubung hantaran berita palsu itu.
Laman itu kemudiannya menaikkan hantaran permohonan maaf sebelum ‘hilang’ di facebook dipercayai dinyahaktif pentadbirnya atau dinyah-siar oleh facebook. -Buletin TTKM-
-Buletin TTKM-