Gangguan s3ksual: PDRM sahkan pendakwah dan isteri dipanggil semula

Bukit Aman hari ini mengesahkan telah memanggil semula pendakwah dan isterinya ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada 30 September untuk membantu siasatan.

Tambah kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Pada minggu lalu, satu pautan telegram yang bertajuk “Bukti Bukti Mangsa XXXX XXX” disebarkan di twitter.

Telegram tersebut telah memuat beberapa buah video mirip pendakwah itu, termasuk audio rakaman seorang lelaki yang sedang berbual lucah, suara mirip suara pendakwah tersebut, serta bukti-bukti tangkap layar perbualan aplikasi whatsapp serta laporan polis.

Telegram tersebut ketika ini mempunyai 145k pengikut.

-Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.