“Penerima tak terima wang, tetapi wang dari akaun penghantar ditolak”: Pelanggan CIMB Click adu masalah.

Beberapa pelanggan CIMB Click sejak semalam mendakwa berlaku masalah transaksi pemindahan wang atas talian dimana wang ditolak dari akaun penghantar, tetapi akaun penerima tidak menerima wang tersebut.

Buletin TTKM memerhatikan komen-komen di laman facebook CIMB Malaysia mendapati ramai pelanggan CIMB merungut mengenai masalah tersebut.

“Akaun CIMB sudah tolak, tapi penerima tidak dapat duit lagi. Ini dari semalam. Status berjaya tapi apa hal sampai sekarang tak masuk lagi akaun penerima? Sesuatu tidak betul dengan sistem anda, tetapi anda tidak mahu membuat klarifikasi terhadap perkara ini” tulis Cecily Either .

Izz Yana pula  berkata beliau melakukan pemindahan wang ke akaun Maybank dari akaun CIMBnya menggunakan ‘instant transfer’, wangnya telah dipotong tetapi ia tidak diterima ke akaun Maybank tersebut.

“Bukan IBG tapi remittance (ibft) tolong beri penjelasan .. bukan sikit transfer tu” kata Izz Yana.

Seorang pengguna Zazan Remachi turut berdepan masalah yang sama.

“Duit pindah semalam dah tolak dalam akaun. Tapi tak dapat lagi dekat akaun yang dipindahkan Macam mana ni?” soal Zazan.

“Saya pindah duit ke maybank. Duit dah ditolak tapi penerima tak dapat duit pun. Help please” kata pengguna lain, Fara Hanna.

Sementara itu, pada satu komen balas, CIMB Bank meminta supaya transaksi dipantau dalam masa 2 hari bekerja, sekiranya gagal wang akan dikembalikan kepada akaun penerima selepas itu. Tambah komen itu, hal tersebut berlaku “disebabkan gangguan/kesibukkan sistem di pihak bank penerima ”

“Jika berjaya, ia akan dikreditkan ke dalam akaun penerima. Jika tidak berjaya, ia akan dikembalikan kepada akaun anda. Anda menerima status tersebut disebabkan gangguan/kesibukkan sistem di pihak bank penerima semasa anda melakukan transaksi.” – FB CIMB Malaysia.

Kami sudah menghubungi CIMB Malaysia untuk maklum balas dan sedang menunggu jawapan dari pihak mereka – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.