Polis kepung tokong: 18 lagi perusuh ditahan

Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan pihaknya telah menahan semua suspek yang dipercayai terlibat dalam rus0han di luar sebuah tokong di Salak South, Kuala Lumpur pada hari Selasa.

Tangkapan berlaku selepas polis mengep0ng tokong itu pada pukul 1.30 pagi semalam.

Gambar ihsan PDRM

“Namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada pihak Polis.

“Oleh yang demikian, pihak polis telah telah menahan seramai 12 lelaki dan 6 wanita Cina yang berusia lebih kurang 18 hingga 84 tahun.

Gambar ihsan PDRM

“Susulan tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan ini,” katanya menurut satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah tangkapan kepada 24 orang, tambahan kepada empat tangkapan yang dilakukan semasa rus0han dan dua lagi pada hari berikut nya.

Kekecohan pada hari Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah, melibatkan sebahagian dari kompleks tokong yang dikatakan menduduki tanah kerajaan yang telah diperuntukkan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.

Polis mendakwa bahawa ketika PTG Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur datang untuk membuat pagar penghadang hoarding di sebelah tokong pada Selasa pagi, sekumpulan 20 hingga 30 orang menyer@ng mesin jentolak dan anggota polis yang bertugas.

Melalui video yang tular, perus0h dilihat menyer@ng polis dengan menggunakan batang kayu dan besi. Manakala terdapat seorang perus0h melompat ke atas badan belakang seorang pegawai polis. Turut dilihat adalah seorang wanita menghalang polis di depan pagar dengan melakukan tarian ala-ala twist.

Muhammad Idzam berkata polis telah meminta perintah tahanan reman terhadap keempat-empat suspek pada hari berikutnya, dan mereka semua telah direman sehingga semalam.

Pada 29 September, dua suspek berusia 38 dan 56 tahun ditangkap pada jam 8.30 malam.

Secara keseluruhan, polis telah membebaskan dua suspek dengan jaminan polis kerana usia mereka.

Pada perkembangan yang sama, perintah reman telah dimohon terhadap 18 suspek semalam dan susulan itu perintah reman satu hari diberikan untuk 10 daripadanya untuk membantu siasatan.

Ketua polis Cheras mengatakan kertas siasatan kini lengkap dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya hari ini.

Dia mengatakan polis mengesyorkan tuduhan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 148 Kanun Kes3ksaan (memiliki senj@ta semasa rus0han), Seksyen 186 Kanun Kes3ksaan (menghalang tugas rasmi penjawat awam), dan Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (Pelanggaran prosedur operasi standard Covid-19).

Muhammad Idzam berkata polis mengesyorkan tud0han di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) selepas meneliti tuduhan berkumpul di tempat awam, yang menurutnya merupakan pelanggaran SOP.

Sementara itu, mengulas video mendakwa rus0han telah menjadi tular, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai masalah ini.

Muhammad Idzam juga mengulangi tiada sebarang perobohan mana-mana bahagian tokong berkenaan berlaku.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lebih lanjut mengenai kes tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Sukri Ishak di talian 013-2165881, talian hotline polis Kuala Lumpur di 03-2146 0584/585, atau datang ke balai polis terdekat.

Pada rabu, mufti Perlis, Dr Asri mempersoalkan mengapa terdapat perbezaan layanan dalam insiden tersebut. Ini kerana pada hari rusuhan berlaku, hanya 4 orang ditahan berbanding lebih 30 orang melakukan rusuhan – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.