Vaksin tak lengkap, tak boleh makan di kedai- KJ

Kenyataan Media

Kementerian Kesihatan Malaysia

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEPERLUAN VAKSINASI LENGKAP UNTUK AKTIVITI SEKTOR SOSIAL DAN EKONOMI BAGI SEMUA FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA


Kerajaan pada 15 Jun 2021 telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan satu strategi pembukaan semula aktiviti sosial dan ekonomi negara secara selamat dan juga strategi peralihan keluar secara berfasa dengan teratur dan sistematik, dari kemelut pandemik COVID-19.


Pelan tersebut merupakan satu panduan yang dirangka secara berhati-hati berdasarkan data dan sains untuk membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan harian biasa ataupun back to normalcy.


Tiga aspek utama yang diberikan perhatian dalam menguruskan pandemik iaitu Kesihatan dan Keselamatan Rakyat: Keseimbangan antara ekonomi rakyat dan kelangsungan perniagaan, dan Kesejahteraan Rakyat dalam konteks norma sosial, termasuk kesihatan mental dan emosi rakyat.


Seperti yang telah berulang kali saya nyatakan dan tegaskan, langkah pembukaan semula sektor-sektor sosial dan ekonomi di dalam negara mestilah dilakukan dengan berhati-hati dan selamat. We want to reopen all of our sectors safely.


Oleh sebab its, pada 8 Ogos dan 15 Ogos 2021, kerajaan telah mengumumkan kemudahan-kemudahan sektor sosial dan ekonomi HANYA bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.


Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan


b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.


Berdasarkan perkembangan terkini peralihan fasa PPN bagi negeri-negeri di Malaysia dan mengambil kira dominasi varian Delta (94.9 peratus) dalam kalangan varian-varian baharu COVID-19 yang dikesan di dalam negara, Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini bersetuju agar setiap kemudahan yang diumumkan sebelum ini dilaksanakan dengan syarat vaksinasi lengkap kekal bagi SEMUA fasa pelan pemulihan negara.


Bagi individu yang tidak boleh divaksin alas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan maklumat kesihatan yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. Perincian mengenai SOP fasa pemulihan negara akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.


Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keselamatan nyawa rakyat, mengukuhkan sistem kesihatan awam negara, melancarkan pembukaan semula ekonomi dan memastikan usaha kerajaan untuk memulakan proses peralihan ke fasa endemik dilakukan dengan selamat. Kita tidak selamat sehingga semua selamat.


Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dad pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.


Atas sebab itulah, tumpuan juga mesti diberikan kepada pendidikan masyarakat atau community empowerment supaya seluruh masyarakat faham peranan mereka dalam usaha membawa negara keluar daripada pandemik ini. Anda kini adalah barisan hadapan untuk melindungi keluarga dan komuniti daripada jangkitan virus COVID-19.

Perkukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri. Apabila anda mengalami gejaIa-gejaIa COVID-19, walaupun ringan, pastikan anda menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan sekiranya disahkan positif, lakukan tindakan yang bertanggungjawab dengan mengasingkan diri.


The first line of defence against COVID-19 begins with yourself. The moment you experience symptoms, get tested and if you’re positive, isolate.


Sekian, terima kasih.
KHAIRY JAMALUDDIN

Menteri Kesihatan 1 Oktober 2021

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.