Kartunis lukis h1na Nabi Muhammad maut dalam kemalangan ngeri

Stockholm, 4 Okt: Kartunis Sweeden, Lars Vilk, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana karikatunya mengh1na Nabi Muhammad S.A.W- maut dalam satu kemalangan nger1 menurut laporan media Sweeden.

Menurut akhbar tempatan, Dagens Nyheter, Vilks, 75 menaiki satu kereta dengan dua pegawai polis pelindungnya, di mana kesemuanya m@ut.

Menurut polis, kenderaan polis terbalik dan terbabas ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah trak, yang kemudiannya terbakar. Kejadian berlaku pada tengah hari Ahad, dekat luar Markaryd.

Pemandu trak tersebut terselamat dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan sebab kemalangan kini dalam siasatan.

Tapak kejadian.

Ketua Polis Negara, Anders Thornberg berkata ” Dengan sangat kecewa dan sedih saya menerima berita bahawa dua rakan sekerja dan anggota keselamatan kami meninggal petang ini. Fikiran saya beralih kepada saudara, keluarga, rakan dan rakan sekerja.”

Sementara itu, Stefan Sintéus, ketua unit penyiasatan wilayah yang bertanggung jawab untuk perlindungan diri di wilayah itu, mengatakan: “Ini adalah peristiwa yang sangat tragis. Sekarang penting bagi kita semua untuk melakukan apa sahaja untuk mengetahui apa yang berlaku di tapak kejadian dan penyebab berlakunya perlanggaran tersebut. “

Vliks yang hidup di bawah perlindungan polis dan tinggal di lokasi rahsia ekoran menerima ancaman bun0h sejak akhbar tempatan Sweden, Nerikes Allehanda menerbitkan karikaturnya yang menghina Nabi Muhammad pada 2007. -Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.