LONDON: Perkhidmatan media sosial Facebook, WhatsApp dan Instagram kembali pulih selepas mengalami gangguan selama hampir enam.
Ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu tidak dapat diakses melalui web atau aplikasi telefon pintar.
Downdetector, yang mengesan masalah itu, berkata ia adalah kegagalan sistem terbesar pernah berlaku dengan 10.6 juta laporan masalah dilaporkan di seluruh dunia.
Kali terakhir Facebook mengalami gangguan pada tahun 2019.
Pada waktu itu, Facebook dan aplikasinya yang lain tidak dapat diakses di seluruh dunia dalam tempoh lebih 14 jam.
Pada perkembangan yang sama, CEO Facebook, Mark Zuckerberg pagi tadi di laman facebooknya memohon maaf terhadap gangguan yang berlaku.
“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini sudah kembali semula atas talian. Maaf atas gangguan hari ini – Saya tahu betapa anda bergantung pada perkhidmatan kami untuk terus berhubung dengan orang yang anda sayangi.” katanya di laman facebooknya.
Di akaun twitternya, Mark berkata “Kami mengalami masalah rangkaian dan pasukan bekerja secepat mungkin untuk melakukan debug dan pemulihan.”
Sementara itu tanda pagar #facebookdown tular di twitter manakala pengguna lain menaikkan pelbagai memes lucu berhubung perkembangan tersebut
Berikut merupakan beberapa memes tular:
-Buletin TTKM-