Saksi pendakwa kes terowong dasar laut m@ut terjatuh bangunan

GEORGE TOWN, 5 Oktober – Seorang saksi pendakwaan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemui mat1 selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Tikus hari ini.

Mangsa berusia 53 tahun yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka itu sebelum ini pernah diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 bagi membantu siasatan kes berkenaan, lapor Malaysia Gazette.

Tambah laporan itu, polis menerima panggilan berhubung kematian lelaki bergelar Datuk itu pada pukul 5.20 pagi daripada isteri mangsa.

Difahamkan, individu itu  merupakan salah seorang saksi pendakwaan kes berprofil tinggi yang melibatkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Mangsa yang tinggal bersama isteri serta dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan itu dipercayai terjatuh dari tingkat 17 sebelum ditemui berhampiran kolam renang dalam keadaan kepalanya pec@h.

Difahamkan, kali terakhir mangsa ditemui isterinya lewat malam tadi dan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan kejadian berkenaan.

“Buat masa ini, saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mat1 jatuh bangunan di sebuah kondominium di Jalan Kelawei dan lelaki itu disahkan mat1 ditempat kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.