Tajuddin mungkin dilantik duta Malaysia ke Indonesia – laporan.

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Desas-desus mengenai pelantikan ahli parlimen Pasir Salak, Tajuddin sebagai duta Malaysia ke Indonesia semakin hangat baru-baru ini.

Menurut laporan The Star, pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Tajuddin mengelak untuk memberikan komen mengenai isu tersebut.

“Tak elok untuk saya memberikan komen mengenai hal ini. Jadi, saya tidak mahu (memberi komen)” kata beliau seperti dipetik The Star.

Perkhidmatan Tajuddin sebagai pengerusi Prasarana ditamatkan serta merta pda 26 Mei selepas beliau memberikan sidang akhbar yang dikatakan tidak sensitif mengenai insiden pelanggaran LRT pada 2 hari sebelum itu.

Namun, pada 12 September beliau dilantik sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Ismail Sabri sebagai menteri Wilayah Persekutuan. – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.