Curi rakam lelaki buang air kecil, seorang lelaki ditahan

Subang Jaya, 6 Okt: Seorang lelaki melayu berumur dalam lingkungan 37 tahun ditangkap semula oleh pihak polis IPD Subang pada 3 Okt selepas menerima aduan berhubung tangkapan awam lelaki terbabit di pam minyak Shell Batu 3, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman, suspek ditahan oleh orang awam yang hendak menggunakan tandas itu apabila didapati lelaki itu sedang merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

“Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek mendapati banyak rakaman video orang awam yang sedang membuang air kecil” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, suspek telah dibawa ke Balai polis Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseks@an/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia serta tidak berkelakuan yang melampaui batas – Buletin TTKM-

Ehsan facebook Polis Daerah Subang Jaya.

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.