Gambar palsu: Menteri pendidikan lapor polis

Menteri kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin telah membuat satu laporan polis terhadap seorang pemilik akaun facebook yang menaikkan satu gambar mendakwa beliau tidak mempraktikkan penjarakan sosial dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut Radzi, tiada sesiapa berada di sebelah beliau ketika sidang media di SM Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar p@lsu. Tindakan berniat j@hat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat. Pohon sahabat semua dapat kongsikan penjelasan ini.” katanya di akaun facebook beliau pagi tadi.

Hantaran gambar tersebut didakwa dibuat oleh seorang pengguna facebook bernama Yuseri Yusoff yang turut mengkr1tik SOP penjarakan sosial.

“Menteri pendidikan, Radzi Jidin melawat ke sekolah bercakap tentang pematuhan SOP tetapi diri sendiri gagal mematuhi SOP jarak fizikal. Itulah aku selalu cakap SOP jarak fizikal ini dirangka oleh orang yang ben@k”.

“Kita telah memakai pelitup muka, tiada sebab kena jarak fizikal kerana COVID-19 bukannya berjangk1t melalui sentuhan.

“Tengok gaya menteri pendidikan, aku teringat akan satu peribahasa yang dikeluarkan daripada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka : “Ibarat mamat rambut belah tengah, mengajar anak sikat tepi” kata hantaran itu.

Walaubagaimanapun, hantaran itu kini tidak dapat diakses dipercayai dipadam atau diatur privasinya.

Siasatan lanjut Buletin TTKM mendapati gambar p@lsu itu pada asalnya hanya terdapat seorang lelaki.

Gambar asal, kredit FB Cyful Nizam

Perkara ini disahkan sendiri oleh seorang pengguna facebook bernama Cyful Nizam yang turut mengakui gambar itu p@lsu dan beliau tersilap langkah melakukan suntingan tersebut.

“Gambar p@lsu, saya yang sunting sekadar suka-suka dengan sama-sama staff. Tapi jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya.

“Silap langkah. Diakui. Tapi tu editing b0doh je. Terang terang nampak f@ke. Tapi yang orang percaya lagi b0doh kot” katanya di satu komen di facebooknya.

Tambahnya lagi, gambar itu ditularkan oleh seorang pengguna facebook Yuseri Yusuf, dan beliau tidak pasti bagaimana Yuseri mendapat gambar tersebut.

Sementara itu, Yuseri menjarakkan dirinya dari isu tersebut dengan berkata pihak polis tidak perlu susah payah menyiasat hal itu kerana “Fotographer atau tuan punya badan yang mengikuti rombongan lawatan Menteri Pendidikan ke Dungun telah membuat pengakuan.”

Beliau turut menaikkan tangkap layar komen Cyful Nizam.

“Pendek kata, dia yang rakam gambar, dia mengaku dia edit, kemudian dia post kata suka-suka.So, macam mana Radzi Jidin? Sekali lagi soalan aku, dekat balai mana laporan itu dibuat aku nak permudahkan tugas polis.” soal Yuseri.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.