Kuala Lumpur, 7 Oktober: Seorang aktivis membuat laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung dakwaan seorang pegawai badan itu disyaki melarikan diri dari membayar cukai.
Menulis di group LHDN cari Siapa Hari ini., Aliff Ahmad, yang juga merupakan pengasas SCRUT berkata beliau telah membuat laporan tersebut selepas mendakwa pegawai itu adalah pengasas bersama satu syarikat fotografi.
“Saya mendapati beliau adalah pengasas bersama syarikat tersebut yang telah didaftar sejak tahun 2014. Bahkan beliau sendiri telah mempamerkan di akaun media sosial facebooknya jawatan itu. Setelah saya menegur tentang hal tersebut, dia lantas memadam informasi tersebut diprofile facebook miliknya ” katanya pada satu email yang ditangkap layar ada group tersebut.
Email itu ditujukan pada pelariancukai@hasil.gov.my.
Tambah Alif pada hantaran itu, beliau tidak mengharapkan bahawa LHDN akan menyiasat ‘gang diorang sendiri’.
“Korang percaya ke diorang akan buat? LHDN check LHDN, boleh harap ke?” soal beliau.
Walau bagaimanapun, Aliff berkata akan membuat susualan dengan laporan polis dan SPRM.
Katanya lagi, sekiranya ada sesiapa yang mengenali “pegawai LHDN yang ada berniaga, kereta/rumah besar, suami/isteri dia meniaga, saudara sepupu sepapat dia berniaga”, bolehlah menghubungi beliau.
“Korang PM aku. Aku tolong SCRUT untuk korang.
Aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. Korang pula?” soalnya lagi.
Dihubungi Buletin TTKM, Aliff Ahmad berkata group itu ditubuhkan beliau kerana tidak berpuas hati dengan tindakan LHDN yang menurutnya agak agresif mengejar mereka yang kononnya lari membayar cukai ketika rakyat dilanda kesukaran akibat pandemik COVID-19.
“Perlu ada budi bicara, ramai diantara mereka ini sudah rugi teruk dan terpaksa gulung tikar, tetapi tiba-tiba disuruh bayar penalti cukai puluhan ribu ringgit. Mana mereka mampu!” katanya kesal.
Group LHDN Cari Siapa Hari Ini diasaskan oleh Aliff Ahmad dan kini mempunyai lebih 6,300 ahli. -Buletin TTKM