“Cuma uji cuba, tiada perjanjian/urusan pembelian” -PDRM

Kuala Lumpur, 9 Oktober: Polis Diraja Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lima unit kenderaan jenis BMW dan Volkvagen yang dilengkapi aksesori sebagai kenderaan pasukan polis yang diterima pada 7 oktober 2021, adalah hanya untuk uji cuba (test-drive) atau peringkat pembuktian konsep (POC) tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian.

Kata PDRM, tempoh uji cuba adalah selama dua minggu yang melibatkan kenderaan model BMW M3, BMW X3 dan Volksvagen Tiguan di mana kenderaan-kenderaan tersebut akan digunakan oleh jabatan KDNKA, jabatan siasatan dan penguatkuasa trafik (JSPT) dan cawangan pengiring PDRM.

“Tujuan uji cuba ini adalah untuk mendapatkan maklum balas sama ada kenderaan-kenderaan berkenaan sesuai atau tidak digunakan bagi sebarang penugasan dalam PDRM.

PDRM sedia maklum akan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan dan tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk uji cuba, sebelum sebarang keputusan untuk penggunaanya diputuskan oleh PDRM kelak. ” kata Dato, Hazani Bin Ghazali, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam satu kenyataan

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tularnya gambar dan video uji cuba kenderaan BMW di media sosial.

Pada badan kereta tersebut, terdapat pelekat logo PDRM beserta teks “POLIS, High Performance” -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version